• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Didakwa Tipu Lebih RM250,000

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan menipu tiga lelaki membabitkan barangan sejuk beku bernilai RM251,097.80, tahun lepas.

Norrokiah Ishak, 65, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut kertas pertuduhan satu hingga tiga, Norrokiah didakwa menipu Yusof Othman mengenai kerja-kerja membekal 3,600 ekor ayam kampung dan 220 kotak daging sejuk beku.

Bagi mendorong lelaki itu untuk percaya kerja tersebut, tertuduh membuat pembayaran menerusi cek berjumlah RM178,689 di Stor Sejuk Beku No.223 & No.221 Jalan Pusing di sini, antara Februari hingga Mac tahun lepas.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menipu Ahmad Rushdan Abdul Razak sehingga lelaki itu menyerahkan 500 pek burung puyuh sejuk beku bernilai RM9,700 di premis perniagaan di Jalan Pusing, di sini, Februari tahun lepas.

Bagi pertuduhan lima hingga tujuh pula, Norrokiah didakwa menipu Mahfuz Opir dengan hanya membayar RM17,000 dan tidak menjelaskan baki RM62,708.80 bagi pembelian 7,258kg daging sejuk beku bernilai RM79,708.80 di syarikat Boon Foong Trading di sini, Disember tahun lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Jeffrey Ong manakala tertuduh diwakili Mohd Aidil Arsad.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memandangkan wanita itu sebelum ini mempunyai 10 rekod kesalahan lampau membabitkan seksyen yang sama pada 1998 hingga 2001.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh juga amat serius kerana melibatkan mangsa yang berlainan dan jumlah kerugian yang banyak,” kata Harris Ong.

Mohd Aidil pula memohon agar anak guamnya diberi jaminan dengan mengambil kira faktor usia serta tertuduh tidak bekerja dan suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya, dua hari lepas.

Mahkamah kemudian mebenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes tipuwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi Blazer, Pekerja Restoran Dipenjara Sehari, Denda RM500

Next Post

Geng Curi Motosikal Tumpas, 13 Lelaki Ditahan

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Next Post

Geng Curi Motosikal Tumpas, 13 Lelaki Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd