• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Wilayah Utara Tahan 13 Ulat Tiket Di Terminal Bas

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan 13 ‘ulat tiket’ sepanjang operasi di empat terminal bas di Kedah dan Pulau Pinang tahun lepas.

Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata berdasarkan siasatan, 13 ulat tiket termasuk seorang wanita yang ditahan itu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun, mampu mengaut keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

“Pihak kami memandang serius isu ulat tiket ini dan ia memang diberi perhatian kerana berdasarkan syarat permit dikeluarkan, syarikat bas perlu bertanggungjawab memastikan harga tiket dijual tidak melebihi jumlah ditetapkan.

“Dalam tempoh sebulan, mereka telah mengaut sehingga ribuan ringgit dan sebab itu kami memantau isu ulat tiket ini dengan teliti,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Pusat Pulau Pinang (Penang Sentral) di sini malam tadi.

Beliau berkata semua ulat tiket yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (PAD) 2010 dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Ahmad Zaidi menggesa syarikat pengendali bas ekspres supaya memperbaiki kelemahan sistem jualan tiket masing-masing supaya gejala ulat tiket yang membebankan penumpang dapat dibanteras.

Katanya selain tindakan ke atas ulat tiket, pihaknya turut mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat pengendali bas ekspres yang didapati bersubahat dengan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang tahun lepas SPAD Wilayah Utara memeriksa 9,281 bas dan didapati 238 bas melanggar pelbagai peraturan ditetapkan.

“Antara kesalahan utama dilakukan ialah mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan tidak sepatutnya serta tiada permit perkhidmatan bas ekspres,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPADulat tiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd