• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perempuan Tahun 5 Lemas Dalam Paya

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – “Saya tahu kakak dah tiada kerana setengah jam dia dalam air, tapi saya pujuk hati kata kakak masih ada sepanjang perjalanan kami ke hospital sehinggalah doktor beritahu paru-paru kakak dah pecah,” kata Nur Atikah Abdul Rahman.

Nur Atikah, 23, menemukan anak saudaranya Nur Ain Natasya Mohd Rosaidi, 11, lemas dalam paya berhampiran rumah mereka di Kampung Pulau Serai di sini, pada 5.30 petang semalam.

Beliau berkata mangsa, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya di sini, tidak pernah bermain di paya itu sebelum ini bagaimanapun tergerak hati untuk ke sana semalam bagi mencari adiknya Ashraf Nasrullah, 8, yang sering mencari ikan di situ.

“Tak lama kemudian saya nampak abang (Ashraf Nasrullah) keluar dari bilik. Rupa-rupanya dia tidur.

“Tahu-tahu sahaja ada budak datang ke rumah beritahu kakak tenggelam. Saya terus ke paya untuk pastikan mereka tidak bergurau, sebelum telefon bomba dan terjun mencari kakak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nur Atikah, yang juga pekerja kilang, kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu mangsa Nurul Hidayah Ahmad Tarmizi, 30, kini dalam pantang selepas melahirkan anak keempatnya hujung Disember lalu.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Pahang di sini, pada 1 pagi tadi, berhampiran kubur datuknya, Abdul Rahman Dollah yang meninggal dunia pada 5 Jun lalu.

“Arwah sangat rapat dengan akinya (Abdul Rahman) kerana dia cucu sulung. Baru kelmarin arwah mengajak kami ke kubur kerana sudah lama tidak menjenguk aki dan dia beritahu esok (semalam) kita akan ke kubur lagi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata mangsa dipercayai terjatuh ke dalam paya sedalam kira-kira empat meter dan dikejarkan ke Hospital Pekan oleh pihak bomba yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan DSP Amran Sidek mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Pramugari Gendong Warga Emas Jadi Viral

Next Post

BR1M Tiada Beza Dengan Skim Bantuan Tunai Negara Lain

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post

BR1M Tiada Beza Dengan Skim Bantuan Tunai Negara Lain

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd