Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Mati Kerana...

MARANG - Seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di belakang sebuah rumah di...

Masalah Teknikal Rangka Sawat...

KUANTAN - Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk...

APM Awasi Kawasan Risiko...

KUANTAN - Lebih 3,500 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang...

Kajian: Lebih Ramai Orang...

NEW YORK - Penggunaan ganja semakin diterima dalam kalangan penduduk dewasa Amerika Syarikat...

P.Pinang Sanggup Korbankan Alam Demi Keuntungan

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sanggup mengorbankan kualiti alam sekitar di Permatang Damar Laut dalam proses tebus guna tanah, demi kebaikan ekonomi negeri ini pada masa akan datang.

Perunding Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) negeri, Prof. Datuk Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah dari Tetuan Dr. Nik & Associate berkata berdasarkan dapatan daripada kajian awal yang mereka lakukan, batu karang di Pulau Rimau, hidupan marin dan lokasi penangkapan ikan serta pendaratan penyu, terpaksa dikorbankan dalam proses itu.

“Ini dianggap sebagai suatu tukar ganti dan tidak dapat dinafikan bahawa mata pencarian nelayan akan terjejas. Bagaimanapun, negeri ini perlu memberi pampasan bagi kerugian yang mereka alami,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi pendengaran awam di sebuah hotel di sini hari ini.

Lima lokasi dikenal pasti sebagai tempat pendaratan penyu iaitu Gertak Sanggul, Pantai Pasir Belanda, Teluk Kumbar, Pantai Medan serta Teluk Tempoyak dan selepas projek tebus guna tanah itu dilaksanakan, penyu tidak akan mendarat lagi di situ.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, yang turut hadir pada sesi itu, berkata negeri ini akan menyediakan modul kewangan untuk memberi pampasan kepada mereka yang terjejas.

“Kami akan mengadakan sesi dengan kesemua mereka untuk mencari penyelesaian bersifat menang-menang antara negeri ini dan mereka yang terjejas,” katanya.

Laporan EIA yang dibentangkan pada sesi itu mendedahkan bahawa antara kawasan akan paling teruk terjejas ialah Kampung Sungai Batu, yang majoriti penduduknya adalah nelayan.

“Berdasarkan kajian kami, nelayan akan berdepan dengan gangguan psikologi kerana mereka bimbang tentang masa depan masing-masing akibat kehilangan punca rezeki,” kata Sharifah Mastura.


Menurut beliau, selain kesan dari segi psikologi, keselamatan nelayan juga akan terancam berikutan pertambahan trafik laut kerana akan terdapat banyak kapal besar yang mengangkut bahan bagi projek tebus guna tanah itu di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya laporan EIA yang dibentangkan itu belum muktamad kerana lebih banyak maklum balas akan dikumpul hingga akhir tahun ini.

Beliau berkata laporan lengkap EIA dijangka siap Januari tahun depan dan akan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk diteliti.

Setelah siap kelak, laporan itu akan dipamerkan kepada orang ramai di tempat umum seperti perpustakaan dan di Komtar.

Kerja menebus guna tanah bagi membina tiga pulau dengan jumlah keluasan 4,500 ekar persegi di bahagian selatan pulau ini adalah sebahagian daripada urusan pertukaran tanah bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) berharga RM27 bilion, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2050.

PTMP adalah sebuah projek pengangkutan awam mega yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Ia akan mengandungi sistem LRT, Monorel dan jalan raya baharu bagi meningkatkan ketersambungan antara kawasan tertentu di negeri ini dengan tanah besar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori