• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Dipercayai Seludup Senjata Api

oleh AK-47
12/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHANGLUN – Polis Kedah menahan dua pasangan suami isteri yang sedang menaiki dua kenderaan selepas disyaki menyeludup masuk senjata api ke negara ini, malam tadi.

Keempat-empat suspek berumur antara 26 dan 41 tahun itu ditahan ketika rondaan cegah jenayah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, kira-kira 10.40 malam.

Menurut sumber, dalam pemeriksaan pertama ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri berusia 31 dan 26 tahun, menemui sebuah beg galas di atas lantai bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.

Hasil pemeriksaan menemui pakaian seragam polis milik wanita berusia 26 tahun itu, yang juga seorang anggota polis berpangkat konstabel di sebuah ibu pejabat polis daerah di Kuala Lumpur.

Dalam beg galas itu turut menemui sepucuk pistol jenis Luger yang dibungkus menggunakan surat khabar Thailand bersama satu kelopak peluru dan bungkusan kedua dalam beg yang sama, menemui 30 butir peluru hidup 9mm.

“Siasatan awal mendapati suami wanita itu mengaku pistol tersebut kepunyaannya yang dibeli dari Thailand daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada harga RM3,000 dengan tujuan untuk simpanan,” katanya.

Ekoran itu, polis kemudian menahan pasangan tersebut dan merampas kereta Perodua Myvi untuk membantu siasatan, menurut sumber itu.

Berikutan itu, polis kemudian membuat pemeriksaan ke atas satu lagi pasangan berumur 41 dan 35 tahun yang berasal dari Selangor, termasuk kenderaan jenis BMW dinaiki mereka, namun tidak menemui sebarang senjata berbahaya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berhubung Seksyen 396, 506 dan 379 Kanun Keseksaan serta orang dikehendaki berhubung Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber itu berkata, kempat-empat suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1972) dan Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.

“Syabas JSJ IPK Kedah dan JSJ Bukit Aman pagi tadi berjaya menangkap empat orang di Changlun, Kedah dan rampas pistol yang diseludup,” kata Khalid. – BERNAMA

Tags: seludupsenjata apiSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jejak Warisan Jawi Ke-4 Bakal Rentasi 15 Negara

Next Post

Video: Dipukau Wanita ‘Jahanam’ Bertudung Hitam

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

Next Post

Video: Dipukau Wanita 'Jahanam' Bertudung Hitam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd