• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budiman Mohd Zohdi Dilantik Pengerusi Baharu ITBM

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang baharu berkuat kuasa Rabu (9 November) bagi menggantikan Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Kementerian Pendidikan di dalam kenyataan hari ini, berkata pelantikan selama dua tahun itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid melalui satu surat pelantikan yang dikeluarkan oleh kementerian itu.

Budiman, 44, juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan turut bertanggungjawab sebagai Setiausaha ADUN Barisan Nasional Selangor.

“Beliau kini turut bertanggungjawab sebagai Pengerusi SLR Institute yang memfokuskan kepada kajian terhadap isu kepimpinan, penyelidikan politik dan strategik. Dalam masa yang sama, beliau turut mempengerusikan Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu belia di Selangor,” menurut kenyataan itu.

Budiman sebelum ini menyandang beberapa jawatan penting di dalam agensi dan yayasan antaranya, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA, Ahli Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia dan Pengerusi Yayasan Harapan Budi.

Menurut kenyataan itu, Mahdzir berharap dengan pelantikan tersebut, Budiman dapat memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian ITBM ke tahap lebih cemerlang dalam bidang penterjemahan dan penerbitan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa.

ITBM, sebuah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan diselia oleh Kementerian Pendidikan, melaksanakan pembangunan bidang terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat, kebangsaan ataupun antarabangsa.

ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan selaras dengan visinya untuk menjadi ‘badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti’. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenBudiman Mohd Zohdi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganggur Didakwa Rompak Berkumpulan Guna Parang

Next Post

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Rugi RM1 Juta

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Next Post

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Rugi RM1 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd