• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017 Tak Perlu Diubahsuai Buat Masa Ini

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2017 tidak perlu diubahsuai buat masa ini kerana harga minyak dunia adalah stabil antara US$45 dan US$50 setong, kata Kementerian Kewangan (MoF)

Ketua Bahagian Ekonometrik, Fiskal dan Ekonomi, Dr VSivabalasingam berkata, harga minyak global adalah stabil ketika ini.

“Tahun lepas, bajet itu diubahsuai berikutan kejatuhan harga minyak kepada US$30 setong,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Pasca Bajet 2017 yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia di sini, hari ini.

Sivabalasingam berkata, ekonomi negara kini baik dan andaian untuk harga minyak adalah positif.

“Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang akan berlaku tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Felo Ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Firdaos Rosli, sependapat dengan pandangan Sivabalasingam.

Menurutnya, bajet itu tidak perlu diubahsuai kerana turun naik harga minyak semasa akan kekal pada paras stabil.

“Kita perlu melihat kepada pergerakan harian berbanding trend bulanan,” katanya dengan menambah, Bajet 2017 dirangka berdasarkan harga purata minyak US$45 setong.

Semalam, Pengerusi Taxand Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh berkata, kerajaan perlu mengubahsuai bajet itu tahun depan kerana senario ekonomi mungkin tidak lagi menarik.

Veerinderjeet berkata, Bajet 2016 yang diubahsuai yang diumumkan Januari lepas, sebahagian besarnya disebabkan kejatuhan mendadak harga minyak global.

“Untuk 2017, jika harga minyak kekal stabil, ia adalah baik, tetapi jika iklim ekonomi tidak bertambah baik dan kutipan cukai serta hasil daripada cukai barang dan perkhidmatan terus merosot, saya berpendapat kerajaan perlu mengubahsuai bajet itu sama ada pada suku pertama atau kedua,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laluan Menuju Desa Pinggiran Putra Sesak, Treler Terbabas

Next Post

Hanya 16% Ibu Bapa Guna Aplikasi Penapisan Internet

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

Next Post

Hanya 16% Ibu Bapa Guna Aplikasi Penapisan Internet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd