• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sudah Cukup Bersedia Untuk Diturunkan” – Safee

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang simpanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali menegaskan beliau cukup bersedia diturunkan dalam perlawanan dengan Bengaluru FC di Stadium Sree Kantareeva, India pada 19 Oktober ini.

Beliau bagaimanapun mengakui perlawanan separuh akhir kedua Piala AFC 2016 di tempat lawan itu adalah perlawanan yang sukar namun ia merupakan pertembungan penting buat kedua-dua pasukan.

“Saya sudah cukup bersedia untuk diturunkan dan akan memberikan aksi yang terbaik lebih-lebih lagi perlawanan ini bakal mengukir sejarah di peringkat Asia.

“Saya pasti rakan sepasukan lain juga turut mempunyai tekad yang sama untuk menggembirakan penyokong dan kami akan melakukannya demi JDT,” katanya dalam laman Facebook JDT hari ini.

Bekas Juara Piala AFC tahun lalu, JDT berdepan laluan sukar untuk mara ke peringkat akhir kejohanan itu kali ini apabila sekadar seri 1-1 dengan Bengaluru FC dalam aksi pertama separuh akhir Piala AFC 2016 di Stadium Larkin pada 28 September lalu.

JDT terpaksa bermain tanpa penyerang import berbisa Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero serta Amri Yahyah dalam aksi berkenaan disebabkan bilangan kad kuning yang mereka terima dalam perlawanan sebelum ini. – mynewshub.cc

Tags: JDTSafee Sali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Jangan Ikut Perangai Playboy Papa’ – Datin Red

Next Post

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Wardina: Pelajar AF Tak Layak Sarung Jubah Konvo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd