• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurangan Peruntukan KPT Perlu Dilihat Secara Positif

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif, kata menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata langkah itu dibuat selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya.

“Ia juga selaras dengan Pelan Tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang tidak mahu universiti awam terlalu bergantung kepada kerajaan.

“Sekarang, pergantungan universiti awam kepada kerajaan adalah di antara 70 hingga 90 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Alumni University of New Haven (UNH) di sini, malam ini.

Bajet 2017, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, memperuntukkan RM250 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Mengenai majlis itu yang dihadiri kira-kira 200 alumni, Idris yang juga bekas penuntut UNH yang terletak di Connecticut, Amerika Syarikat, berkata ia merupakan usaha baik bagi menghimpunkan bekas penuntutnya.

Sementara itu, bekas penuntut UNH Datuk Serin Sudah @ Masree, 58, berkata beliau menuntut di universiti itu dari peringkat ijazah sarjana muda hingga sarjana dalam bidang ekonomi dari 1982 hingga 1988.

“Suasana di universiti itu kini lebih baik dengan pelbagai kemudahan berbanding ketika saya belajar dahulu,” katanya sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti pengajian di universiti itu. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Henry Chin

Next Post

Penyampai Berita Fox Tukar Kerjaya Jadi Pelakon Lucah

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

Next Post

Penyampai Berita Fox Tukar Kerjaya Jadi Pelakon Lucah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd