• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Nahas Myvi Ditangguh, Bapa Tertuduh Meninggal

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE, yang meragut nyawa tiga beranak pada Mei tahun lepas sekali lagi ditangguhkan hari ini ekoran bapa tertuduh pertama kes itu meninggal dunia.

Mahkamah Trafik di sini dimaklumkan bapa Siti Noor Aini Mohd Said, 37, meninggal dunia semalam dan tertuduh memohon keizinan mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan hari ini ke satu tarikh baharu.

“Anak guam saya memberitahu bapanya telah meninggal dunia semalam. Beliau memohon untuk menguruskan hal berkaitan kematian, hari ini dan esok,” kata peguam Omar Bakhi Ahmad yang mewakili Siti Noor Aini.

Peguam S.N Seelan yang mewakili tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 32, juga memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kerana beliau baharu sahaja menjalani satu pembedahan dan memerlukan satu tempoh rehat yang panjang.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim tidak membantah permohonan kedua-dua peguam itu.

Majistret Zilfinaz Abbas membenarkan permohonan itu, dan berharap agar perbicaraan kes itu tidak lagi ditangguhkan selepas tarikh baharu diberikan.

“Memandangkan semua dalam keadaan yang sedih dan sakit, mahkamah mengambil kira itu adalah perkara yang tidak dijangkakan, mahkamah dengan ini melapangkan perbicaraan hari ini.

“Mohon agar kes ini tidak ditangguhkan lagi kerana kes ini (tertangguh) terlalu lama sejak bulan Mac, sekarang ini sudah bulan Oktober, kita akan meneruskan perbicaraan pada bulan Disember, saya berharap semua pihak memberi perhatian terhadap kes ini,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan 5, 6 dan 7 Dis sebagai tarikh baharu perbicaraan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian tiga beranak iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, berumur enam bulan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 25 Ogos tahun lepas ditangguhkan pada 30 Mac lalu dan sepatutnya bersambung pada 13 Jun namun ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada 13 Jun, kes itu ditangguhkan lagi atas permohonan pihak pembelaan dan mahkamah menetapkan semalam, 18 Okt untuk sambung bicara.

Bagaimanapun, kes itu kemudian ditangguhkan ke hari ini selepas Seelan memaklumkan beliau mendapat cuti sakit kerana baru sahaja selesai menjalani satu pembedahan.

Setakat ini hanya 10 saksi pihak pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd