• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Tram Tidak Bersepadu Dengan Hab Pengangkutan

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Aktivis warisan menyuarakan kebimbangan mereka tentang cadangan laluan tram oleh konsortium SRS kerana berpendapat relnya tidak bersepadu dengan hab pengangkutan bagi monorel dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Aktivis warisan terkenal dan naib presiden Penang Heritage Trust, Khoo Salma Nasution, menyifatkannya sebagai kecacatan besar dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan projek tram itu semata-mata sebagai pameran untuk pelancong.

“Berdasarkan pelan yang dicadangkan, kita boleh melihat bahawa seseorang yang tiba dengan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangkan itu perlu berjalan ke stesen tram yang terletak di Lebuh Carnarvon.

“Bukan itu sahaja, hanya terdapat satu landasan tram dan ini bermakna tram berkenaan perlu bergerak dari Lebuh Carnarvon ke Padang Kota Lama dan mematah balik. Ini bukanlah pengangkutan awam seperti yang diharapkan,” katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.

Khoo Salma berkata integrasi antara tram dan hab pengangkutan adalah penting untuk memastikan wujudnya ketersambungan dan kemudahan bagi penumpang apabila mereka menukar kaedah pengangkutan.

Ditanya sama ada beliau pernah menyuarakan isu itu kepada wakil SRS, Khoo Salma berkata hingga kini SRS masih belum memberi respons kepadanya tentang perkara itu.

“Saya berharap akan mendapat jawapan daripada pihak bertanggungjawab kerana ini melibatkan kawasan warisan yang begitu kuat kami perjuangkan agar ia dilindungi,” katanya.

Sementara itu, ahli akademik dalam bidang perancangan bandar dari Queensland University, Dr Dorina Pojani, menegaskan bahawa struktur bertingkat bagi LRT dalam cadangan PTMP itu tidak sesuai bagi bandar yang terdapat di negeri ini sekarang.

Bercakap pada satu forum semalam, beliau berkata sistem Bus Rapid Transit (BRT) adalah cara paling berkesan dan paling murah untuk menyelesaikan masalah trafik kerana ia hanya melibatkan satu per sepuluh daripada keseluruhan kos projek LRT berkenaan.

“Ia murah dan boleh dilaksanakan seperti yang telah terbukti berjaya di begitu banyak negara,” katanya.

Badan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti Penang Heritage Trust dan Penang Forum begitu lantang mengkritik PTMP yang dicadangkan itu kerana ia dianggap mahal dan tidak berkesan.

Mereka sebaliknya mencadangkan satu pelan alternatif, tetapi ditolak anggota exco bertanggungjawab bagi keseluruhan PTMP itu, Chow Kon Yeow, dengan alasan ia tidak praktikal untuk dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: LRTPulau Pinangtram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlis Bakal Wartakan Kawasan Larangan Merokok

Next Post

Bila Anak Tunjuk Bakat Melukis Kat Badan Kereta..

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Next Post

Bila Anak Tunjuk Bakat Melukis Kat Badan Kereta..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd