• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Lanjutan Dibimbangi Undang Kegiatan Curi

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lanjutan kali ketiga moratorium perlombongan bauksit di sini, dibimbangi akan ‘mengundang’ kegiatan kecurian dan melombong secara haram bahan mineral itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh, Datuk Dr Abdul Wahid Abd Manap berkata lanjutan yang seakan-akan tidak berpenghujung itu akan menimbulkan masalah kewangan kepada mereka yang bergantung sepenuhnya kepada bauksit.

Mereka yang terdesak berkemungkinan mengambil jalan melombong bauksit secara ‘sembunyi’ dan diletakkan ke atas timbunan stokpile yang sepatutnya dikosongkan sepanjang tempoh moratorium, katanya.

“Moratorium sedia ada sudah beri tekanan kepada operator terlibat. Dari Januari sudah tidak boleh melombong bermaksud sudah terlalu lama mereka yang terlibat dalam perlombongan bauksit tidak mendapat hasil.

“Sekarang sudah hampir musim hujan, dibimbangi akan berleluasa kegiatan mencuri kerana kerja melombong perlu dihentikan semasa hujan sedangkan banyak perbelanjaan perlu dilakukan pada hujung tahun,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium perlombongan bauskit yang sepatutnya berakhir pada 15 Sept dilanjutkan sehingga 31 Dis ini, atas persetujuan Kabinet.

Wan Junaidi berkata lanjutan itu bagi memberi laluan kepada 38 pemegang Permit Import Khas (AP) mengeksport 4.13 juta tan metrik stokpile yang masih terdapat di tiga pusat pengumpulan iaitu Sungai Ular, Felda Bukit Goh dan Gebeng di sini.

Abdul Wahid berkata kegiatan kecurian juga pernah dilaporkan media dengan penahanan sembilan lelaki pada Ogos lalu yang dipercayai tonto yang melindungi kegiatan perlombongan haram bauksit di sekitar Bukit Goh.

“Kita tidak salahkan penguatkuasaan kerana kami faham mereka tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Aktiviti melombong juga dilakukan pada waktu awal pagi atau tengah malam dan bukan setiap hari.

“Bagaimana mereka mahu mengawasi kawasan yang besar dengan tenaga yang terhad? Pasti kita tidak harapkan penguatkuasaan untuk meronda dan memeriksa setiap lori yang membawa bauksit,” soalnya.

Sehubungan itu, Abdul Wahid berharap kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat mencari penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan ini supaya tidak menambah lebih banyak masalah lain pada masa akan datang.

Ini termasuklah menguar-uarkan dan melaksanakan segera prosedur operasi standard (SOP) perlombongan yang turut melibatkan cara pengangkutan bauksit, yang setakat ini masih tidak dimaklumkan kepada operator terlibat.

“Jika mahu diwujudkan SOP, kami ada cadangan. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga ada SOP. Saya percaya kerajaan negeri juga ada cadangan SOP tersendiri.

Jika mahu ditambah baik, lebih baik kita sama-sama duduk berbincang cari SOP terbaik,” katanya.

Abdul Wahid berkata pihak kerajaan juga dapat mengadakan perbincangan ‘hati-ke-hati’ dengan opertor bauksit dan tuan tanah sebelum mencapai kata putus dalam isu bauksit kerana ia melibatkan punca pendapatan mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bijih Besi Pahang Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad berharap lanjutan itu dapat diselesaikan segera kerana bagi membantu ekonomi bukan sahaja operator bauksit, tetapi juga penduduk setempat seperti pengusaha kedai makan.

“Saya juga tertanya-tanya dari mana datang stokpile yang masih tidak dikosongkan kerana tempoh lanjutan sudah terlalu lama. Namun kami akan lihat dahulu keputusan terbaru ini sebelum memikirkan tindakan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksitPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd