• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Rakam Suspek Cabul Murid Tahun 2 Di Stor

oleh AK-47
25/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Suspek kejadian serangan seksual yang melibatkan seorang murid perempuan tahun dua di sebuah sekolah rendah di Dungun, pada kelmarin, berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian tersebut hanya diketahui oleh ibu murid Sekolah Kebangsaan Batu 48 itu setelah dimaklumkan oleh guru kelas anaknya pada pukul 2.30 petang, pada hari yang sama.

Menerusi rakaman CCTV di sekolah berkenaan, pemuda berbaju biru dan berseluar pendek itu dilihat masuk ke dalam sekolah dan mengekori mangsa dari belakang.

Mangsa pada ketika itu difahamkan sedang menunggu masa untuk memasuki kelas Fardu Ain dan tidak menyedari dirinya diperhatikan.

Tidak lama kemudian, lelaki itu beredar dan diikuti oleh kanak-kanak terbabit. Selang beberapa minit kemudian, mangsa dilihat melarikan diri.

Bernama semalam melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Ab. Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa memberitahu bahawa dia telah didukung oleh lelaki terbabit masuk ke bilik stor.

Namun, mangsa kemudian menjerit menyebabkan lelaki itu melepaskannya dan melarikan diri.

“Rakaman CCTV menampakkan wajah lelaki berkenaan dan guru kelas mangsa menyuruhnya membuat laporan polis.

“Hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya mengenalpasti identiti lelaki itu dan kini sedang giat mengesan dan menangkap suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak sekolahcabulkes cabulmurid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usia Hampir Seabad, Carmen Masih Ligat Di Pentas Model

Next Post

Semangat Patriotik Perlu Sentiasa Segar Dihati Golongan Muda

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah...

Next Post

Semangat Patriotik Perlu Sentiasa Segar Dihati Golongan Muda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd