• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peras Ugut: Pengerusi MyWatch Didakwa Lagi

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan peras ugut.

Sanjeevan, 32, yang memakai kemeja petak berwarna putih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Sanjeevan didakwa melakukan pemerasan bagi mendatangkan ketakutan terhadap Mohamad Azhan Hamza, 32, di Restoran Marakesh, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini pada 9 malam, 22 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan sebarang wang jaminan.

Peguam Ravin Jay yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan di mahkamah Negeri Sembilan dan Pahang dibenarkan diikat jamin.

“Semua kes ini diberikan jaminan, beliau telah membayar jumlah jaminan RM21,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan sebelum ini,” katanya.

Ahmad Solihin membenarkan Sanjeevan diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Sept untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Ogos lalu Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang atas pertuduhan memeras ugut.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dua petuduhan iaitu menggaji warga asing tanpa pas dan memeras ugut pada 19 Julai lepas.- BERNAMA

Tags: Sanjeevan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15 Kenderaan Halang Trafik Leka Pokemon Go Disaman

Next Post

6 Sept. Pengurusan Kes Cerai Stanley Clement Augustin

Related Posts

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati penahanan Pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan di...

Sanjeevan Saman Che’GuBard, Tuntut RM1 Juta

09/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyaman Che'GuBard atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah...

Next Post

6 Sept. Pengurusan Kes Cerai Stanley Clement Augustin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd