• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Kebenaran Merayu Didengar September

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Sept untuk mendengar permohonan kebenaran merayu oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung satu keputusan dalam saman fitnah beliau terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.

Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dengan kehadiran peguam Amrit Kaur Bhal, yang mewakili Adnan, selain turut menyebut bagi pihak Utusan Melayu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan penghujahan bertulis dua minggu sebelum pendengaran permohonan untuk kebenaran merayu.

Adnan memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Utusan Melayu untuk membatalkan saman fitnah beliau terhadap syarikat berkenaan berhubung penerbitan artikel dalam Mingguan Malaysia di bawah tajuk, ‘Hebat Sangatkah Adnan’ pada 9 Nov 2014.

Utusan Melayu merayu selepas gagal dalam usahanya memohon Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan mahkamah itu pada 23 Julai tahun lepas.

Pada 1 Mac tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Rohana Yusuf, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Mary Lim memutuskan bahawa Adnan, selaku Menteri Besar Pahang dan wakil rakyat yang dipilih, tidak mempunyai locus standi untuk menyaman Utusan Melayu kerana fitnah atas kedudukan rasmi beliau berhubung artikel yang disiarkan oleh syarikat media.

Panel berkenaan turut menegaskan bahawa para pegawai awam perlu terbuka kepada kritikan umum, oleh itu tidak boleh mengemukakan saman terhadap media kerana fitnah atas kedudukan rasmi mereka. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Akan Pecah Rekod 200m – Khairul Hafiz

Next Post

AlHijrah Big Studio Cyberjaya Mula Operasi Bulan Depan

Related Posts

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

17/10/2019
0

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan...

Next Post

AlHijrah Big Studio Cyberjaya Mula Operasi Bulan Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd