• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Tangguh Bicara Kes Hasutan Surendran

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbicaraan kes hasutan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran tidak akan diteruskan minggu depan.

Surendran, 50, mendapat perintah daripada Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk menangguhkan perbicaraan dalam kes hasutannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang sepatutnya bermula selama tiga hari bermula 20 Julai.

Perintah untuk menangguhkan prosiding telah diberikan kepadanya sementara menunggu penyelesaian dua rayuannya di Mahkamah Rayuan berhubung pertuduhan berkenaan.

Perintah itu diberikan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Zamani A. Rahim selepas mereka membenarkan permohonan Surendran.

Surendran, yang juga Naib Presiden PKR dan seorang peguam, menghadapi satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman di Putrajaya antara 2 dan 4 petang pada 8 Ogos 2014.

Kenyataan itu dikatakan telah dirakam dalam video kemudian dimuat naik ke YouTube.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua rayuan yang belum selesai di hadapan Mahkamah Rayuan adalah berkaitan dengan keengganan Mahkamah Tinggi untuk merujuk persoalan perlembagaan kes hasutan beliau kepada Mahkamah Persekutuan dan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan beliau.

Pendakwaan dijalankan Timbalan pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Surendran diwakili peguam Datuk S. Ambiga dan Latheefa Koya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahN. Surendran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Suami Cemburukan Senyuman Lelaki Ini, Kenapa?

Next Post

Kim Swee Hormati Keputusan Safiq & Aidil Untuk Bersara

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Kim Swee Hormati Keputusan Safiq & Aidil Untuk Bersara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd