Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Najib Janji Hasil Industri...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa...

Arja Lee Mahu Tumpang...

PELAKON Arja Lee yang namanya baru-baru ini hangat diperkatakan berikutan penyebaran videonya sedang...

“Jangan Main Tabur Saja...

KUALA LUMPUR – Kenyataan ‘bersahaja’ Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhubung penawaran tempat...

Lim Kit Siang Minta...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan semua pihak, Al-Quran menyatakan...

Mahasiswa Perlu Kekang Ancaman Militan Daesh

KUALA NERUS – Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi mengekang penularan ancaman militan Daesh daripada tersebar di universiti, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya selain di kampus, mahasiswa juga harus mengambil pendekatan dan inisiatif tersendiri dengan menyebarkan kepada masyarakat termasuk golongan bukan Islam mengenai ajaran Islam sebenar.

“Ancaman Daesh ini adalah benar dan ianya baru bermula…jangan anggap ia perkara yang kecil. Mahasiswa harus membetulkan persepsi orang ramai mengenai Islam sebenar yang cintakan keamanan, kebenaran, kedamaian dan Islam bencikan keganasan.

“Kita tak mahu ada mahasiswa terlibat dalam Daesh…mahasiswa perlu ambil tanggungjawab untuk menyampaikan dan menyebarkan kepada orang ramai termasuk menggunakan media sosial, mengenai Islam sebenar dan ancaman Daesh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 peringkat kebangsaan di sini malam tadi.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif.


Idris berkata kementerian memandang serius dan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan tiada mahasiswa terlibat dalam militan Daesh.

Dalam pada itu, Idris berkata beliau turut berharap konvensyen yang bertemakan Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara tersebut akan dapat menghasilkan satu resolusi yang dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

Konvensyen anjuran UniSZA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi yang menghimpunkan 300 pemimpin pelajar daripada universiti awam dan IPT seluruh negara itu, berlangsung empat hari bermula semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori