• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Terus Mantapkan Dokumen Berkaitan Operasi Hajinya

oleh Ahmad Albab
24/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan prosedur operasi haji dan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISOnya untuk memberi perkhidmatan lebih baik terhadap jemaah haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ianya merupakan projek jangka panjang dan tindakannya sedang dijalankan.

Langkah itu dilihat dapat melegakan kerisauan jemaah haji yang masih khuatir terhadap kejadian kemalangan kren runtuh dan rempuhan di Mina pada musim haji tahun lepas.

Tujuh jemaah Malaysia maut dalam kren runtuh itu manakala seorang meninggal dunia dalam insiden rempuhan itu.

“TH kini sedang memantapkan semua dokumen yang berkaitan Operasi Haji di Tanah Air (OHTA) dan Operasi Haji di Tanah Suci (OHTS) bagi rujukan kerja para petugas kelak, yang menguruskan jemaah haji Malaysia setiap tahun,” katanya kepada pasukan media di sini.

Syed Saleh berkata kemas kini itu menumpukan kepada aspek latihan dan kemahiran petugas haji melalui beberapa siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji.

“Ini adalah bagi melahirkan seorang Petugas Haji Idaman yang kompeten, mesra, cekap dan bermaklumat di setiap stesen operasi sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci semasa berurusan dengan para jemaah,” katanya.

Katanya lagi langkah itu merupakan cabaran TH dalam menguruskan 22,350 jemaah haji setiap tahun dan ia adalah pelan perancangan lima tahun agensi berkenaan.

Syed Saleh berkata antara cabaran yang sering dihadapi adalah menguruskan jemaah haji yang memerlukan perhatian seperti mereka yang telah berusia dan uzur, serta mereka yang pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci di mana taklimat dan bimbingan khusus akan diberi untuk membantu perjalanan haji mereka.

“Cuaca panas semasa musim haji untuk tahun ini dan beberapa musim haji akan datang juga mengundang risiko kesihatan kepada jemaah haji,” katanya.

Justeru, untuk langkah lima tahun akan datang, Syed Saleh berkata TH mahu meneruskan penggunaan teknologi maklumat sebagai pemacu untuk meningkatkan kecekapan operasi haji, sebagai contoh projek Haj Mobility.

TH juga ingin meneruskan usaha meningkatkan tahap pengetahuan ibadat jemaah haji melalui kursus haji yang interaktif, pengiktirafan Sijil Pembimbing Ibadah Haji (SPIH) untuk pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS).

Ini termasuk memberi lebih penekanan kepada aspek pengurusan risiko, meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Haji kepada versi 2018 dan meningkatkan keberkesanan Petugas Haji, melalui Modul Latihan & Pelan Pembangunan Petugas Haji untuk kesinambungan tugas dan operasi.

Selain itu, TH juga mahu memperkasa agenda Bumiputera melalui pembangunan Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan sistem vendor pembekal kelengkapan operasi haji.

Beliau berkata perkhidmatan Haji TH juga telah mendapat pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO versi 2008 sejak 2006.

“Sekarang ini TH sedang giat mengemaskini prosedur dan proses yang sedia ada bagi peningkatan tahap pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO versi 2015,” katanya.

Dari aspek pengurusan jemaah, TH mengambil pendekatan menguruskan mereka secara berkumpulan di mana pasukan penggerak utama yang menyantuni para jemaah adalah Pengurusan Maktab di bangunan penginapan Makkah dan Pengurusan Zon di bangunan penginapan Madinah.

“Setiap pasukan terdiri daripada petugas kebajikan, petugas perubatan dan pembimbing ibadat haji yang dapat memberi perkhidmatan terus kepada jemaah haji,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd