• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Perumahan Awam Jadi Sarang Aktiviti Jenayah

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Awam (PA) yang dilaksanakan kerajaan dengan matlamat menyedia tempat berteduh selamat buat golongan berpendapatan rendah, kini seolah-olah telah bertukar menjadi sebaliknya.

Kejadian jenayah seperti ragut, samun dan curi kenderaan yang kerap berlaku di kawasan perumahan sebegitu menjadikan penduduknya seolah-olah telah lali dengan kegiatan jenayah seumpama itu.

Dalam mencari kebenaran mengenai situasi tersebut, wartawan Bernama meninjau beberapa PA di sekitar ibu negara serta turut bersemuka dengan penduduk di situ bagi mendalami dengan lebih jelas mengenai permasalahan ini.

Tinjauan di sekitar PA Seri Kelantan di sini baru-baru ini, mendapati keadaan sunyi, gelap dan terbuka di malam hari sekitar kawasan itu boleh mengundang risiko ancaman jenayah kepada penduduk setempat.

Laluan yang menjadi antara jalan alternatif utama buat pejalan kaki di kawasan itu untuk berulang-alik menyelesaikan urusan seharian, dipenuhi semak samun dan sokongan cahaya lampu yang terhad membuatkan kawasan itu menjadi malap.

Bernama difahamkan dua daripada laluan masuk kawasan terbabit sentiasa terbuka tanpa pagar berkunci sekali gus membolehkan sesiapa sahaja memasuki kawasan perumahan ini bila-bila masa.

Pagar dawai yang ‘diharapkan’ melindungi kawasan ini juga telah rosak akibat perbuatan vandalisme pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Seorang penduduk di situ, K. Karthik, 22, mendakwa pernah disamun oleh sekumpulan lelaki ketika beliau sedang berjalan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan Sri Kelantan.

Kejadian setahun lalu itu masih membuatkan pelajar kolej tempatan ini trauma untuk berjalan berseorangan di luar kediamannya biarpun pada waktu siang.

“Saya tidak mempunyai pilihan lain selain terus menggunakan jalan ini terutama untuk pergi ke kedai berhampiran kerana ia merupakan jalan alternatif paling dekat dengan rumah saya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, tinjauan di PA Sri Perak pula mendapati beberapa kemudahan awam di situ tidak diselenggara dengan baik hingga mengundang kepada beberapa kejadian jenayah.

Seorang penduduk yang sudah menetap di perumahan itu sejak 30 tahun lalu, Mariam Hassan, 58, mendakwa berikutan kerosakan lampu di kawasan lif di tingkatnya, menyebabkan ia menjadi ‘port’ penjenayah untuk bersembunyi disebabkan keadaannya yang sangat gelap.

“Pernah ada kes dulu seorang pencuri motosikal cuba bersembunyi di kawasan ini selepas dikejar penduduk. Tak lama kemudian baru jumpa. Itu pun ambil masa yang lama sebab tempat ni gelap sangat dan susah nak tahu ada orang sembunyi di sini,” katanya.

Mariam berkata dia dan penduduk lain pernah mengadukan hal kerosakan itu kepada persatuan penduduk dan kakitangan DBKL di sini tetapi tidak diambil endah ibarat ‘keluar telinga kiri masuk telinga kanan’ sahaja.

Hal sama turut dipersetujui seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Rozali, 35, bukan sahaja kekurangan kemudahan awam, malah kes jenayah seperti pecah kereta juga kerap berlaku di kawasan perumahan itu.

“Kebanyakan yang selalu buat ‘onar’ di kawasan kami adalah ‘orang luar’ dan bukan penduduk di sini. Disebabkan ketiadaan pagar atau tembok seperti di pangsapuri atau kondominium lain, menyebabkan mereka senang untuk ‘keluar masuk’ ke kawasan ini dan timbulkan masalah,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Bernama mendapatkan penjelasan daripada persatuan penduduk di kedua-dua PA ini gagal berikutan mereka enggan berjumpa wartawan. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd