• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebarangkalian Kawasan Impak Nahas AS350 Di Sungai

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan awal nahas helikopter AS350 di Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei lalu menunjukkan bahawa kebarangkalian tinggi kawasan impak nahas ialah di sungai kerana mayat semua penumpang, juruterbang dan beberapa serpihan helikopter dijumpai di sungai.

Laporan awal yang dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini juga berkata kerangka utama helikopter tersebut masih hilang dan kemungkinan tenggelam di dasar sungai.

Dapatan laporan meskiitu juga merumuskan bahawa helikopter malang itu mempunyai kelayakan sah untuk terbang dan dikendalikan oleh juruterbang berpengalaman dan mempunyai lesen sah untuk penerbangan.

“Ramalan dan keadaan cuaca sekitar kawasan nahas ialah diselubungi hujan yang disertai ribut petir,” kata laporan itu.

Menurut laporan, tiada panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang dan juga tiada isyarat kecemasan diterima dari helikopter.

“Juruterbang mempunyai rehat yang cukup sebelum insiden; lebih 24 jam di pangkalan di Kuching dan telah beroperasi di sekitar kawasan tersebut sebelum insiden,” tambah laporan itu.

Laporan awal itu, yang telah dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) sejak 3 petang menyatakan kebarangkalian punca nahas akan ditentukan kemudian.

Menurut sinopsis laporan awal, para penyiasat dari AAIB dikejarkan ke Kuching pada 6 Mei 2016 dan siasatan bermula pada hari yang sama.

Laporan itu berkata, berdasarkan analisis pemantauan maklumat, dapat dibuat kesimpulan bahawa terdapat kelompok pembentukan awan kumulonimbus yang membawa hujan dikesan di bahagian timur Sarawak yang merangkumi lokasi nahas.

Lapan pegawai penyiasat dilantik untuk menjalankan siasatan, diketuai oleh “Investigator-In-Charge”, Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman, kata laporan itu.

Laporan awal itu berkata, menurut saksi-saksi yang berada dalam penerbangan ketika itu, keadaan cuaca ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching mengalami lujan disertai ribut petir.

Mengulas mengenai aspek mencari dan menyelamat, laporan itu berkata dari 19 Mei tahun ini, usaha mencari ditingkatkan menggunakan peralatan pengimbas sonar di sungai untuk mengesan serpihan utama helikopter.

“Selepas enam hari pengimbasan dijalankan di dasar sungai Batang Lupar, serpihan utama masih gagal dikesan,” tambah laporan itu.

Laporan itu berkata sektor A iaitu kawasan pedalaman Batang Lupar (Hulu) diimbas secara menyeluruh walaupun beberapa kawasan itu dianggap terlalu cetek meskipun ketika air pasang.

Kawasan-kawasan ini ialah sedalam kurang dua meter dengan anggapan bahawa mana-mana serpihan yang timbul di permukaan sungai dapat dikesan dan dilihat, kata laporan tersebut.

“Anggota pasukan penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia juga menjalankan pencarian dan imbasan menggunakan peralatan sonar di kawasan-kawasan berdekatan Sektor A yang kebarangkalian tinggi ialah kawasan nahas.

“Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil. Tiada serpihan tambahan dijumpai di kawasan pencarian,” kata laporan itu.

Laporan itu menyatakan antara cabaran-cabaran yang dihadapi semasa misi mencari ialah arus kuat dan tidak dapat diramalkan, keterlihatan sub permukaan sifar, keadaan air pasang dan ancaman buaya.

Laporan awal juga mengandungi tiga cadangan keselamatan.

Ketiga-tiga cadangan itu ialah mengkaji semula respon kecemasan Perkhidmatan Trafik Udara bagi pesawat-pesawat yang sudah lama; Jabatan Penerbangan Awam (DCA) meningkatkan pengetahuan jurutebang tunggal mengenai Kaedah-kaedah Penerbangan Visual mengenai proses membuat keputusan apabila terbang dalam cuaca hujan atau persekitaran ribut dan mengkaji semula keperluan bagi pemasangan dwi-kawalan apabila penumpang menduduki kerusi bahagian depan.

Pada On May 5, pesawat malang itu terhempas di Batang Lupar dengan mengorbankan lima penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, dan pengawal peribadinya Ahmad Sobri Harun.

Dua lagi Orang Kenamaan yang menaiki helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Helikopter tersebut dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Ragas. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd