• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Skim Pelaburan Ini Menjadi Sebutan, Tapi Baik Lari Jauh-Jauh

oleh Sifulan
18/09/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
7
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan Skim Cepat Kaya, tetapi akhirnya bukan sahaja tidak kaya tetapi duit yang dilaburkan habis melebur.

Modus operandi yang digunakan oleh penganjur skim ini hampir sama sahaja. Para ‘pelabur’ akan diberi merasa keuntungan terlebih dahulu sebelum akhirnya gagal membayar keuntungan tadi (skim ponzi).

Negara kita sudah diuar-uarkan kesan dan akibatnya serta turut diberi peringatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai pelabur yang bijak, antara benda asas yang perlu tahu adalah latar belakang pelaburan, syarikat adakah berlesen atau tidak dan cara pengurusan keuntungan.

Jangan main terjah sahaja, akhirnya badan yang binasa.

*** KEMASKINI DARI BANK NEGARA 27 Mei 2016 ***
Berikut adalah senarai skim yg telah dikenalpasti TIDAK diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yg berkaitan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.

1. Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd (program ARBA)
2. Pioneer Forest Sdn Bhd
3. MX3 World Wide
4. Instagroup Resources
5. FXUnited Power Sdn Bhd
6. Pok Din Empire Sdn Bhd
7. Pok Din Consultant & Services

Nama-nama pelaburan tidak sah yang terkini dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia sehingga Mac 2016 adalah:

  1. Ostim Academy
  2. Safeena Gold Gallery
  3. DBB Star Sdn. Bhd.
  4. Aziera Gold Enterprise (NS0133976-K)
  5. GGT Golds Sdn. Bhd.
  6. Global Golds Trading
  7. Triple One Management Pte. Ltd. (T1FX)
    www.t1fx.com
  8. HiFX Asia
  9. Mecca Fund Global
  10. Highway Group Resources
  11. HG Resources Sdn. Bhd.
  12. Zenith Gold International Limited

Inilah sebahagian daripada 182 pelaburan yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Skim-skim ini biasanya bersembunyi disebalik pelaburan emas dan perniagaan mata wang asing.

Walaupun telah diberi amaran oleh Bank Negara, dialog-dialog biasa menyedapkan hati yang keluar dari mulut para pelabur skim-skim sebegini:

“Bila kita maju mesti ada cabaran dan dugaan menanti…”
“Itu baru tersenarai, maknanya dalam pemerhatian BNM je…”

Boleh dapatkan senarai penuh pelaburan yang tidak berlesen ini di Portal Rasmi Bank Negara Malaysia.

Antara tanda-tanda yang sesuatu skim pelaburan itu adalah mungkin skim cepat kaya :

1. Tidak berdaftar dengan Bank Negara
2. Sudah keluar TV/ Suratkhabar
3. Menjanjikan untung yang tidak masuk akal
4. Dividen setiap bulan / tahun dijamin
5. Tayang kereta besar
6. Tayang rumah besar

Bak kata Mentor Kewangan, Azizi Ali; “Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim-skim yang pelik-pelik ini? Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia. Ini termasuklah ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid. Mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini?

Peliknya, mereka yang bakal terjebak dengan skim-skim pelik ini tidak pula berminat melabur saham di Bursa Malaysia yang sememangnya dikawal selia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ia patuh syariah. (Difahamkan terdapat lebih 600 kaunter patuh syariah)

Nak tahu lebih lanjut pasal saham terdapat ramai pakar-pakar di luar sana atau rujuk Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia, Tuan Hj. Mohd Asri.

Masih ingat Genneva Malaysia? Pada yang tidak ingat tidak mengapa sebab orang kita memang semulajadi mudah lupa.

Genneva Malaysia diserbu oleh pihak polis dan BNM pada Oktober 2012 dan operasinya pun runtuh selepas itu. Seperti insiden Swisscash, ribuan pelaburnya menanggung kerugian. Beberapa pengarah syarikat Genneva dan syarikat sekutu didakwa di mahkamah dan kes-kes masih dalam perbicaraan sehingga hari ini.

Jadi, jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar wang, kereta mewah yang mempesona. Jangan sampai ‘tersontot’, baik lari jauh-jauh!

Tags: skim cepat kaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dok Kata Peti Ais Yang Bodoh, Tapi Dia Yang Paling Bodoh”

Next Post

Pencari Etok Ditemui Mati Lemas

Related Posts

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

11/05/2023
0

BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara 12,640 tahun terhadap suami isteri yang didapati bersalah menipu jutaan dolar daripada lebih...

MOF Nafi Dakwaan MySalam Skim Cepat Kaya

21/08/2019
0

PUTRAJAYA - Dakwaan yang mengatakan inisiatif perlindungan insurans MySalam sebagai skim cepat kaya merupakan satu tuduhan palsu sama sekali. Kementerian...

Next Post

Pencari Etok Ditemui Mati Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd