Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Usah Persoal Tanggungjawab Menangkan...

SEPANG - Setiap anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tanggungjawab masing-masing untuk memenangkan...

Kecoh.. Bila Ujian Peluru...

Los Angeles - Ujian peluru berpandu di luar pantai California semalam mencetuskan kekecohan...

TERKINI: Korban Tsunami Selat...

JAKARTA - Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan...

Pemadam Mahu Akta Kesalahan...

KUANTAN - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mencadangkan agar satu akta baharu kesalahan...

Tidak Adil Label Etnik Uighr Pengganas – Ahmad Zahid

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata adalah tidak adil untuk melabelkan semua individu daripada etnik Uighr sebagai pengganas.

Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat segelitir etnik berkenaan berada di negara kedua atau ketiga sebagai pelarian politik mahupun ekonomi.

“Untuk melabelkan mereka sebagai pengganas adalah tidak betul, walaupun ada antara mereka terlibat dalam aktiviti keganasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia 2016 di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai dua rakyat Turki berketurunan Uighur yang disyaki merancang untuk melakukan serangan ganas di Thailand telah meninggalkan negara itu dan dilaporkan ke Malaysia.

Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana, yang memberi maklumat itu kepada Bernama berkata beliau dimaklumkan tentang dua lelaki berkenaan menuju ke Malaysia baru-baru ini oleh Pejabat Imigresen Phuket.

Mengulas lanjut mengenai laporan itu, Ahmad Zahid berkata tidak semua orang etnik Uighur yang ingin memasuki Malaysia adalah pengganas kerana sebahagian daripada mereka memiliki pasport yang sah.

“Ada juga yang datang ke Malaysia dengan tujuan untuk melawat saudara mara,” katanya.


Ahmad Zahid berkata Malaysia telah menerima maklumat mengenai dua suspek berkenaan yang dipercayai menggunakan Thailand dan Malaysia sebagai transit sebelum berpindah ke negara ketiga.

“Kita tidak menolak kemungkinan selain dua suspek berkenaan, ada suspek lain lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Kuala Lumpur sedia bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Ketua-ketua Polis ASEAN (Aseanapol) dan kerajaan China berhubung perkara itu.

“Kita mempunyai sistem untuk memantau mereka dan sedang berhubungan sangat rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan serantau dan komuniti antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori