• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: PKR Tiada Kaitan Dengan PAS – Baru Bian

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS berhubung isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 tidak lama lagi.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, penyertaan PAS dalam PRN kali ini tidak menjadi pertimbangan parti itu kerana mereka bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“PAS tiada kaitan dengan kami. Di mana PAS mahu bertanding, itu hak mereka. PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan kesediaan PAS berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak akan datang.

Malah Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sementara itu, Baru yang juga penyandang kerusi DUN Ba’kelalan berkata, PKR sedang mengintai untuk bertanding di sekurang-kurangnya 40 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

“Isu agihan kerusi belum selesai…belum muktamad. Perbincangan antara PKR, DAP dan Amanah masih berjalan.

“Namun PKR berharap dapat meletakkan calon di 40 kawasan. Selebihnya terpulang kepada DAP dan Amanah,” katanya. – The Star/mStar Online

Tags: PKRPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala Sultan Azlan Shah: Juara Bertahan Tunduk Kepada Australia

Next Post

Serangan Bom Songkhla: Tiada Rakyat Malaysia Terkorban – Wisma Putra

Related Posts

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

16/05/2025
0

KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028 CALON PIMPINAN PUSAT Dr....

PKR Johor Harap BN Tidak Tutup Rundingan Tubuh Kerajaan Perpaduan

PKR Johor Harap BN Tidak Tutup Rundingan Tubuh Kerajaan Perpaduan

16/02/2025
0

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor berharap kepimpinan Kerajaan Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak menutup pintu...

Next Post

Serangan Bom Songkhla: Tiada Rakyat Malaysia Terkorban - Wisma Putra

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd