• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Zakir Naik Cetus Fenomena Luar Biasa Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Siri jelajah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke empat daerah di Terengganu telah mencetuskan fenomena baharu dan impak hebat dalam kalangan masyarakat terhadap ceramah agama Islam.

Suasana dan sambutan terhadap kunjungan Dr Zakir selama enam hari ke negeri itu ternyata meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ceramah agama apabila lebih 100,000 membanjiri empat siri syarahan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Kemaman.

Program anjuran kerajaan negeri itu buat julung kali menyaksikan masyarakat daripada aliran politik atau fahaman agama berbeza berhimpun untuk mendengar syarahan agama daripada pendakwah India berusia 50 tahun itu.

Siri jelajah tersebut mendapat reaksi positif daripada semua pihak dan kedatangan Dr. Zakir ke negeri ini meninggalkan 1001 memori apabila seorang pelajar bukan Islam melafazkan syahadah pada siri terakhir di Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Mohamad Pehimi Yusof mengakui usaha kerajaan negeri menganjurkan siri jelajah itu memberi impak yang besar kepada masyarakat di negeri ini.

“Kita tak sangka setiap syarahan dihadiri puluhan ribu orang… ini sesuatu di luar jangkaan sebab kita fikir kalau dah dibuat di Kuala Terengganu, mungkin di Besut dan Kemaman akan kekurangan audiens, tetapi Alhamdulillah sambutannya sangat hebat.

“Sekarang dilihat telah menjadi trend masyarakat berkumpul beramai-ramai untuk menimba ilmu agama dan kerajaan negeri haruslah merancang lebih banyak program keilmuan seperti ini kerana ia merupakan teras untuk masyarakat membimbing sesebuah keluarga dan diri sendiri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pula berkata program tersebut dilihat selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Melihat kepada sambutan ini, memang program ini sangat berjaya… inilah salah satu prinsip penyatuan yang dibawa oleh kerajaan negeri.

“Kita juga boleh lihat, orang bukan Islam turut menyertai syarahan ini dan ini merupakan penyatuan yang sangat membanggakan bila orang ramai bersatu dalam satu program dan melupakan ideologi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata negara kita masih kekurangan pakar perbandingan agama hingga menyebabkan kedatangan ilmuan tersohor tersebut memberi impak yang besar bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara.

“Kita mempunyai ramai pakar dalam agama Islam tetapi kurang pakar dalam perbandingan ilmu agama seperti Dr Zakir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas Ramai Ditipu, Datuk Vida Murah Hati Nak Bagi LV Free!

Next Post

Pelajar Soal Dr Zakir Ditawarkan Bekerja Di Hospital Pakar

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

Next Post

Pelajar Soal Dr Zakir Ditawarkan Bekerja Di Hospital Pakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd