Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

KDN Rampas 22,929 Alat...

Butterworth : Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,929 alat permainan seks bernilai RM1.1...

Mavcom Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata ia telah membuat laporan polis...

Polis Buru 6 Lelaki...

IPOH - Polis kini memburu enam lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dan...

SL1M Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

KANGAR - Program pemadanan graduan dengan majikan menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0...

APMM Kesan Modus Operandi Bot Tukar Barang, Keluar Negara Secara Haram

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut sedang giat menjalankan siasatan berhubung modus operandi baharu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan sistem bot ‘tukar barang’ untuk menyusup keluar dari negara ini secara haram.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata sebelum ini warga asing menggunakan bot nelayan sebagai alternatif keluar daripada negara ini tetapi kini bertukar kepada sistem bot ‘tukar barang’ iaitu bot yang membawa barang.

“Modus operandi yang dipercayai berpangkalan di Hutan Melintang itu diuruskan oleh ejen yang mengaut keuntungan dengan mengatur perjalanan pulang warga Indonesia ke kampung halaman mereka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah Maritim 3, di sini hari ini.

Tambah beliau, kebanyakan warga Indonesia yang menggunakan khidmat ejen berkenaan bekerja dari seluruh pelusuk negara seperti Kelantan, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan.

“Siasatan kita mendapati ejen akan menyediakan kenderaan darat di setiap negeri untuk warga Indonesia tersebut ke Hutan Melintang dan turut menyediakan bot untuk pulang ke negara mereka,” katanya.

Zulinda berkata setelah sampai di Hutan Melintang, warga asing berkenaan terpaksa mengharungi lumpur sedalam satu meter selama kira-kira satu jam untuk mendapatkan bot berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari persisiran pantai.

“Kita percaya modus operandi berkenaan dijalankan sekitar pukul dua hingga tiga pagi dan mengenakan kos dari RM500 sehingga RM800 bagi setiap seorang. Bagaimanapun, pihak kami masih membuat siasatan lanjut,” katanya.


Dalam pada itu, Zulinda berkata seramai 44 PATI termasuk lima wanita ditahan dalam Operasi Khas Satria Utara (OKSU) di perairan negara, kira-kira 35 batu nautika tenggara Pulau Jarak, di sini, pada 11.30 pagi semalam.

“Bot berkenaan bergerak laju menuju ke sempadan Indonesia. Kapal Maritim Marlim terpaksa mengejar mereka kira-kira 30 minit sebelum berjaya memintas dan menahan bot tersebut,” katanya.

Pihak APMM percaya kesemua warga asing berumur lingkungan antara 14 dan 58 tahun berasal dari Acheh, Medan dan Tanjung Balai, Indonesia itu menggunakan modus operandi yang sama iaitu sistem bot ‘tukar barang’, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 5(2) dan 6(1) Akta Imigresen kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan cuba keluar negara melalui jalan tidak sah.

Katanya, bot yang digunakan pula dirampas dan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Baru, Sitiawan, di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori