• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,915 Anak Tak Sah Taraf Direkod JPN Kedah

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 10,915 anak tak sah taraf direkodkan Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah bagi tempoh 2010 hingga 2015, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Datuk Suraya Yaacob berkata daripada jumlah itu, seramai 1,553 anak tak sah taraf direkod pada 2010; 1,620 (2011); 1,932 (2012); 1,760 (2013); 1,928 (2014) dan 2,122 pada 2015.

Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang berkata bagi tempoh Januari hingga Februari 2016 pula, seramai 210 anak tak sah taraf direkodkan, dengan daerah Kota Setar mencatat jumlah tertinggi iaitu 76, diikuti Kulim (30) dan Kuala Muda seramai 27 orang.

“Kewujudan anak tak sah taraf ini disebabkan anak kesan rogol, kes luar nikah, dan sebahagian besarnya kerana perkahwinan tidak teratur,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Siti Aisah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) mengenai jumlah kelahiran anak tak sah taraf di Kedah.

Menjawab soalan tambahan Aishah sama ada terdapat polisi kerajaan untuk memudahkan urusan perkahwinan kedua tanpa melalui prosedur biasa yang ditetapkan kerajaan, Suraya berkata perkara tersebut agar sukar untuk dilaksanakan.

Jelas beliau, perkahwinan tidak teratur di negeri ini banyak disebabkan faktor kedudukan Kedah yang bersempadan dengan Thailand, dan memudahkan rakyat di negeri ini untuk mengambil jalan mudah dengan menikah di sempadan.

“Yang menjadi masalah kerana kos mendaftar nikah dengan pihak Jabatan Kehakiman Syariah dan keduanya poligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Kedua-dua ini tidak boleh dipermudahkan prosesnya, kalau kita mudahkan ini akan membabitkan hak-hak isteri pertama,” katanya.

Beliau berkata bagi mengurangkan masalah yang sering timbul khususnya kepada anak akibat masalah ini, kerajaan negeri turut membuat bengkel bersama Jabatan Agama Islam Kedah dan JPN bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan perkahwinan secara teratur.

“Ini supaya wanita-wanita yang secara rela sanggup kahwin di luar negara mengetahui tatacara sebenar. Mereka perlu bertanya sama ada perkahwinan mereka dapat dokumen berkaitan di Konsulat sesebuah negara. Perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka.

“Apabila sudah balik ke Malaysia, mereka perlu daftarkan perkahwinan mereka secara sah dan dokumen itu perlu disimpan bagi memastikan ada hitam putih sekiranya apa-apa berlaku,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Anak Luar NikahJPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Muda Minta Rakyat Perlis Sabar Hadapi Kemarau

Next Post

Anak Babi Masuk Klinik, Orang Ramai Bertempiaran Lari

Related Posts

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

19/03/2024
0

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran sudah diluluskan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Menteri Dalam Negeri...

Next Post

Anak Babi Masuk Klinik, Orang Ramai Bertempiaran Lari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd