• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Tak Akan Jejas Syarikat Vendor Bumiputera

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik tidak akan menjejaskan syarikat-syarikat vendor Bumiputera, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua syarikat induk baharu hari ini bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera.

“TPPA tidak akan jejaskan vendor-vendor Bumiputera, dan hari ini kita bekerjasama dengan dua lagi syarikat induk, menjadikan jumlah keseluruhan syarikat induk adalah 18 syarikat sehingga kini,” kata Mustapa ketika berucap pada majlis menandatangani MoU pelaksanaan program pembangunan vendor Bumiputera dengan dua syarikat induk itu di sini.

Syarikat induk berkenaan akan membantu syarikat vendor Bumiputera dari segi bimbingan latihan, teknikal dan khidmat nasihat serta pembangunan penyelidikan.

Dua syarikat tersebut adalah Serba Dinamik Sdn. Bhd. dan Uzma Engineering Sdn. Bhd.

Dengan termeterainya dua lagi MoU, jumlah syarikat induk meningkat kepada 18 syarikat berbanding 16 pada tahun 2014.

Daripada jumlah itu, 11 adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah naungan Khazanah Nasional Bhd., enam syarikat tempatan dan satu syarikat multinasional.

Keseluruhan syarikat mempunyai perolehan sebanyak RM10.867 bilion pada 2015 dan sehingga kini sebanyak 2,670 syarikat vendor Bumiputera telah dilantik oleh syarikat induk.

Secara keseluruhan, sehingga Disember 2015, sebanyak 55,066 syarikat vendor telah berdaftar di bawah 18 syarikat induk.

Daripada jumlah tersebut, 17,729 (32 peratus) adalah syarikat vendor Bumiputera manakala sebanyak 37,337 (68 peratus) adalah syarikat vendor bukan Bumiputera dan luar negara.

Nilai perolehan yang dinikmati sebanyak RM23.15 bilion (42 peratus) manakala nilai perolehan yang diberikan kepada syarikat vendor bukan Bumiputera dan luar negara ialah RM30.95 bilion (58 peratus). – BERNAMA

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Bekas Pemain Kelantan Terima Bayaran Tunggakan Gaji

Next Post

Kebakaran Belukar Dan Hutan Di Keningau Sudah Terkawal

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

Next Post

Kebakaran Belukar Dan Hutan Di Keningau Sudah Terkawal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd