Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Myanmar: Sebuah Israel Dalam...

BANYAK persamaan antara rejim Zionis di Israel dan kerajaan Myanmar. Satu di Asia...

Lancarkan Bayaran Balik Sebelum...

JOHOR BAHRU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran...

“Mana Pergi Pen Drive...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP,...

Mural Ekspresi Sempena Hari...

SESUATU yang 'curi' tumpuan ramai pengunjung pada program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena...

Isu Kedaulatan Institusi Diraja Isu Sia-Sia – PAN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah membayangkan isu membabitkan kedaulatan institusi diraja adalah satu isu yang sia-sia dan tidak wajar diberi keutamaan oleh kerajaan.

Timbalan Ketua PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, kerajaan Perak sepatutnya lebih tumpuan ke atas kos sara hidup oleh rakyat negeri itu daripada mengambil berat isu seperti itu.

“Pemuda PAN Perak merasakan sidang media oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir tidak membangkitkan isu utama yang sedang melanda rakyat Perak iaitu peningkatan kos sara hidup.

“Bagi Pemuda PAN Perak, isu yang dibangkitkan oleh Zambry baru-baru ini tentang pertabalan seorang individu sebagai ‘Maharaja Kinta’ pada November lepas adalah suatu tindakan yang sia-sia dan tidak sewajarnya diberikan keutamaan oleh beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Fitri berkata, isu tersebut cukup diserahkan kepada pihak Polis dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk menyelesaikannya.

“Kadang-kadang tindakan Zambry tersebut cukup memualkan dan memalukan. Beliau sewajarnya bertindak sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya sebagai Ketua Polis Perak,” dakwanya.


Zambry pada 20 Januari lalu menyifatkan pertabalan seorang individu sebagai ‘Maharaja Kinta’ pada November lepas sebagai mengarut selepas diminta memberi komen tentang perkara itu oleh pemberita.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pingat atau darjah kebesaran oleh individu tidak bertanggungjawab dan tidak diiktiraf kerajaan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang individu yang ditabalkan sebagai ‘Maharaja Kinta’ dengan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia Datuk Seri Paduka Diraja’ dalam satu majlis di Selangor hujung tahun lalu.

Upacara pertabalan mirip istiadat pertabalan raja-raja seperti istiadat bersiram serta istiadat penganugerahan darjah dan pingat yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori