• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Lancar Sambutan Hari Malaysia Di Ekspo Milano 2015

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano di sini pada Sabtu.

Sambutan itu, dianjurkan oleh penganjur ekspo untuk negara-negara yang mengambil bahagian dalam ekspo terbesar di dunia itu yang diadakan setiap lima tahun sekali, turut dihadiri Menteri Alam Sekitar, Daratan dan Laut Itali Luca Galletti.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Najib dalam ucapannya berkata Pavilion Malaysia di ekspo itu, dalam bentuk empat biji benih, mencerminkan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara, untuk mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi secara inovatif, mampan dan mesra alam sekitar.

Beliau juga berkata reka bentuk itu diilhamkan daripada biji benih yang terdapat di hutan hujan Malaysia, yang merupakan sebahagian penting kekayaan biodiversiti negara, daripada hutan-hutan dara sehingga pulau-pulau indah, kawasan tanah tinggi yang dingin dan ekosistem yang mewujudkan banyak flora dan fauna unik.

“Biji benih merupakan lambang pertumbuhan, menandakan permulaan sesuatu perjalanan, dan potensi yang terdapat di dalamnya. Bentuk lengkungan pada bangunan itu dan corak anyaman pada strukturnya mencerminkan kebolehan dan kedinamikan negara,” katanya dan menurutnya ia direka oleh firma arkitek tanah air.

Katanya pavilion itu dibina menggunakan kayu balak yang dilekatkan dengan gam dan dikeluarkan daripada sumber mampan tempatan, dan mempamerkan keupayaan Malaysia dalam rekaan dan penggunaan bahan inovatif.

“Pavilion ini juga menonjolkan ciri sosial, kebudayaan, etnik, agama, bahasa dan malah kepelbagaian kulinari Malaysia,” katanya.

Najib berharap penyertaan Malaysia pada ekspo kali ini akan memberikan peluang kepada negara untuk menunjukkan kepada Itali dan kepada Eropah tentang apa Malaysia sebenarnya.

“Malaysia ialah sebuah negara perdagangan, dan antara sektor yang ditumpukan kami di sini di Milan adalah teknologi hijau, tenaga, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasukan CDERT JPAM Barisan Hadapan Bantu Mangsa Banjir

Next Post

Jerebu: 24 Kawasan Catat IPU Tak Sihat

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Jerebu: 24 Kawasan Catat IPU Tak Sihat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd