Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

3 Langkah Tingkatkan Produktiviti,...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha meningkatkan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun, kerajaan...

Nizar Akui Gadai 1,000...

KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar ketika awal bulan...

K’jaan Negeri Cadang Hentikan...

SEREMBAN - Kerajaan negeri bercadang untuk tidak mengeluarkan lagi permit atau lesen pusat...

Janji Temu Vaksin AstraZeneca...

KUALA LUMPUR - Individu yang menempah janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela, mula...

Pemberian Khas RM500 Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.

“Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.

Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.

“Kerajaan juga bersetuju menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan,” katanya.


Selain itu, Najib berkata kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.

Tambah beliau, pegawai lantikan ‘Perkhidmatan Kontrak’ yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.

Kesemua pelaksanaan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori