• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengikrar Buah Pinggang Catat Jumlah Tertinggi

oleh Ahmad Albab
21/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengikrar buah pinggang mencatatkan jumlah tertinggi dalam kumpulan pengikrar pelbagai organ iaitu sebanyak 634 orang bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional Datin Dr Fadhilah Zowyah Lela Yasin Mansor berkata ini diikuti dengan 175 pengikrar hati, kornea mata (138), kulit (132), jantung (131), tulang (38), injap jantung (29) dan paru-paru (28).

Kesedaran serta perubahan tanggapan masyarakat merupakan satu daripada faktor pendorong kepada peningkatan jumlah pengikrar untuk menderma organ di negara ini, katanya.

Selain itu, katanya, promosi berterusan Kementerian Kesihatan menerusi program Jom Ikrar Derma Organ turut membantu, malah pada masa sama memberi pendedahan asas kepada masyarakat mengenai derma organ serta menggalakkan mereka mendaftar sebagai penderma organ secara sukarela.

Ikrar derma organ bererti seseorang individu melahirkan hasrat menderma organ selepas meninggal dunia namun mereka perlu memaklumkan kepada anggota keluarga terdekat sebelum berikrar.

Menurut Dr Fadhilah Zowyah, bagi tempoh itu, pengikrar wanita mendahului pengikrar lelaki sebanyak 60 peratus atau 8,115 orang daripada jumlah keseluruhan pengikrar pelbagai organ iaitu 13,524 orang.

Daripada jumlah keseluruhan itu, beliau berkata 46 peratus pengikrar terdiri daripada kaum Melayu, 28 peratus (India), 17 peratus (Cina) dan 9 peratus (lain-lain).

“Ikrar derma organ ini memberi sinar harapan kepada lebih 18,000 pesakit yang memerlukan,” katanya.

Berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974, Dr Fadhilah Zowyah berkata hanya anggota keluarga terdekat berhak memberi kebenaran untuk menderma organ pengikrar yang telah meninggal dunia.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengharuskan pendermaan organ. – BERNAMA

Tags: buah pinggangderma organ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bank Di Greece Kembali Beroperasi Selepas Ditutup 3 Minggu

Next Post

Rasai Sendiri Jongkong Emas Seberat 50kg Di Muzium Emas

Related Posts

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

23/06/2022
0

PETALING JAYA : Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC), mengumumkan ia sudah menguasai 51 peratus kepentingan dalam Aquahealth Sdn Bhd...

Next Post

Rasai Sendiri Jongkong Emas Seberat 50kg Di Muzium Emas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd