• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Permit Penerbitan The Edge Tak Cemar Imej Negara

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Tindakan menggantung permit penerbitan ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ selama tiga bulan tidak akan mencemarkan imej negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata setiap negara mempunyai undang-undang mereka sendiri yang menghalang sebarang syarikat penerbitan mengeluarkan berita atau laporan palsu.

“Tindakan kerajaan menggantung permit syarikat The Edge juga tidak mengejutkan dunia kerana biarpun negara menyokong kebebasan media tetapi ia tidak bermakna media bebas untuk membuat laporan tidak betul.

“Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana apa-apa yang mereka tulis dan terbitkan di dalam surat khabar, pembaca akan menganggap ia adalah satu kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Riang Ria Aidilfitri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mohamed Nazri mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat yang menggantung permit penerbitan akhbar ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ selama tiga bulan, mulai esok.

Beliau berkata sekiranya terdapat maklumat tidak betul dan palsu terutama untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik, maka tindakan di bawah kanun jenayah boleh diambil.

Mengulas isu panggung wayang di Seri Iskandar dekat sini yang menetapkan syarat pasangan yang mahu menonton wayang dan duduk di kerusi berkembar agar menunjukkan sijil nikah, Mohamed Nazri berkata perkara berkenaan perlu diteliti semula.

“Saya rasa syarat itu tidak wajar kerana aktiviti menonton wayang bukan menjadi penyebab utama dalam aktiviti tidak bermoral dalam negara.

“Perkara ini perlu dibincangkan secara menyeluruh supaya ada penyusunan yang standard di setiap pawagam di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizThe Edge
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peniaga Besi Buruk Didakwa Edar Dadah Terlepas Hukuman Gantung

Next Post

Lihat Bagaimana Gadis Sarawak Ini Baiki Sofa Sendiri!

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

Next Post

Lihat Bagaimana Gadis Sarawak Ini Baiki Sofa Sendiri!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd