• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Pemimpin Selari Dengan Hadi – Dewan Ulama

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Perwakilan PAS digesa memilih barisan kepimpinan baharu yang selari dengan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menegakkan perjuangan Islam.

Seruan terbuka itu dibuat berikutan tindakan segelintir pimpinan tertentu parti Islam berkenaan yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam pelbagai isu yang timbul dalam pakatan pembangkang.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, sikap pemimpin berkenaan yang sanggup mengabaikan dan mempertikaikan arahan pemimpin tertinggi telah melemahkan PAS.

“Di saat hilanganya ketaatan lalu nakhoda (Hadi) sendiri dikecam dan dipertikaikan, dibiarkan untuk dicemuh oleh musuh dan rakan kerjasama politik…maka organisasi menjadi lemah, kejayaan menjadi kabur.

“Untuk itu, pembaharuan kepimpinan perlu dilakukan. Muktamar PAS kali ini memberi ruang untuk memperbaharui mandat kepimpinan menerusi proses pemilihan baharu.

“Perbaharuilah mandat kepimpinan yang boleh bergerak bersama nakhoda bahtera ke arah memacu kejayaan yang sebenar dalam perjuangan,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Ulama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini.

Muktamar PAS Pusat ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula Khamis menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu parti itu termasuk pertandingan bagi jawatan presiden PAS.

Pada pemilihan kali ini, Hadi dicabar bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Mengulas lanjut Mahfodz berkata, berhubung isu pelaksaan hudud, PAS bukan sahaja berhadapan tentangan daripada musuh dan rakan kerjasama politik, malah turut menerima bantahan daripada pimpinan dalaman parti itu sendiri.

Lebih malang katanya, pemimpin dan ahli PAS sendiri membuat pelbagai tuduhan terhadap presiden PAS yang enggan tunduk kepada kehendak DAP dan PKR.

“Akhirnya kita melihat presiden PAS selaku nakhoda bahtera parti Islam (PAS) dicemuh oleh rakan kerjasama politik. Puncanya kerana mereka gagal untuk memastikan kepimpinan tertinggi parti tunduk terhadap kemahuan dan kehendak mereka.

“Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik lalu menjadi duri dalam daging melemahkan bahtera yang sedang belayar,” katanya. – mStar Online

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=T8dzCesIqps

Tags: Muktamar PASPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keychain Tanda Salib Di Kolej Matrikulasi Perlis?

Next Post

Musa Aman Ketuai Delegasi Dagangan Ke Shanghai

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Musa Aman Ketuai Delegasi Dagangan Ke Shanghai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd