• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HPTP Dijangka Beroperasi Seawal Pertengahan 2016

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) dijangka beroperasi seawal pertengahan tahun hadapan, setahun lebih awal daripada jadual susulan sebahagian fasa pertama projek itu telah siap 70 peratus, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyuarakan rasa gembira dengan perkembangan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kemajuan fasa pertama HPTP itu yang amat menggalakkan dan lebih awal daripada jadual kerja, adalah petanda baik buat masyarakat amnya.

“Kita jangka pihak universiti boleh mula menggunakan sebahagiannya mulai tahun hadapan, tidak seperti yang kita rancang sebelum ini iaitu tahun 2017,” katanya kepada pemberita selepas taklimat tertutup pelan pembangunan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkatanya pembangunan Bandar Baru Universiti Pagoh akan turut dilengkapi kemudahan infrastruktur dan sosial seperti jalan, kediaman dan pengangkutan awam, sekaligus menyokong embangunan sekitar hab pendidikan tersebut.

“Satu perkara yang menggalakkan ialah tren berkelajuan tinggi yang kita tahu akan dibina dalam tempoh tidak lama lagi ini.

“Selepas saya bincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, pada dasarnya bersetuju bahawa alignmentnya (jajaran) dalam kawasan hab pendidikan Pagoh, jadi ini akan memberikan satu pemangkin kepada pertumbuhan lebih pesat untuk Bandar Baru Universiti Pagoh,” katanya.

Muhyiddin berkata usaha untuk menarik minat universiti-universiti luar negara untuk membuka kampus di hab pendidikan itu masih diteruskan dengan perbincangan sedang diadakan.

Beliau berkata persetujuan Imperial College London, universiti di ranking kedua dunia, untuk bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di hab pendidikan itu juga merupakan perkembangan positif dalam membangunkan hab pendidikan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata perkembangan terbaru hab pendidikan itu dilihat baik sebagai pemangkin kepada peningkatan aktiviti ekonomi di negeri ini, sekaligus memberi keuntungan kepada rakyat dalam aspek pembangunan modal insan bahkan akan mewujudkan lebih 25,000 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.

“Saya harap pembinaan kampus universiti dan politeknik awam di Pagoh akan menjadi pemangkin kepada peningkatan aktiviti ekonomi di sekitarnya bahkan melimpah ke kawasan lain di utara negeri Johor khasnya dan juga Melaka serta Malaysia amnya,” kata beliau ketika berucap di kawasan pembangunan HPTP di Pagoh.

Beliau berkata dengan kebarangkalian tinggi untuk HPTP menjadi satu daripada perhentian keretapi berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura yang sedang dirancang oleh kerajaan, ia juga akan menjadi satu lagi nilai tambah kepada HPTP.

“Saya percaya bahawa sekiranya projek ini dapat disiapkan lebih awal, ia adalah suatu penanda aras kepada projek pembangunan fizikal yang lain,” kata Muhyiddin.

Fasa pertama melibatkan pembangunan komponen pembelajaran dan pengajaran termasuk peralatan bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), UTM dan Politeknik Pagoh, dijangka siap menjelang 30 Jun 2016, lebih awal daripada jadual iaitu 2 Mei 2017.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Tunas Selatan Construction Sdn Bhd dengan UTM, UTHM, UIAM dan Politeknik Pagoh bagi membangunkan kolej kediaman dengan kos kira-kira RM300 juta bagi 7,008 pelajar. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Kak Ton Yang Super Cantik, Pengacara TV3

Next Post

Indeks Syariah Malaysia Bukan Usaha Bermusim

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Nahas Di Gerik: 5 Jenazah Pelajar UPSI Selamat Dikebumikan

Nahas Di Gerik: 5 Jenazah Pelajar UPSI Selamat Dikebumikan

10/06/2025
0

Jertih: Tiga lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik,...

Next Post

Indeks Syariah Malaysia Bukan Usaha Bermusim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd