• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha K’jaan Tumpu Pembangunan Pendidikan, Turut Bantu Negara Lain

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Usaha kerajaan yang menumpukan kepada pembangunan pendidikan telah membolehkan rakyat Malaysia bukan sahaja terlibat dalam pembangunan negara malah turut membantu banyak negara lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pendidikan merupakan pelaburan terbesar negara dalam membentuk rakyat yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran yang diperlukan untuk membangunkan negara.

Katanya, peranan rakyat Malaysia yang profesional dan mempunyai kepakaran kini digunakan untuk membantu negara lain.

“Terdapat hampir satu juta diaspora di luar negara. Mereka ini pakar, profesional. Walaupun Malaysia sebuah negara membangun, tetapi dapat membiayai bidang pendidikan kerana kerajaan sentiasa mementingkan soal pendidikan.

“Kita mahu lahirkan tenaga pakar dan mahir. Kita tak bergantung kepada warga asing dan expatriat (untuk bangunkan negara). Kita sudah banyak berbelanja untuk membangunkan negara (dalam pendidikan),” katanya pada jamuan malam bersama komuniti Malaysia di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Malaysia masih mengharap dan memerlukan ramai tenaga profesional di luar negara serta mereka yang tamat pengajian untuk pulang ke tanah air bagi membangunkan negara.

“Kita perlukan tenaga manusia, sumber manusia yang ada kemahiran. Kerana itu, kita bentuk TalentCorp (Talent Corp Malaysia Berhad) untuk pujuk diaspora kembali ke negara, untuk bantu laksanakan program transformasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata walaupun banyak negara berhadapan masalah kemerosotan ekonomi namun Malaysia masih mampu mencatat pertumbuhan dengan lebih enam peratus dicapai tahun lepas.

“Kerana itu, kita terpaksa bawa masuk pekerja asing (untuk pekerja kurang mahir). Lebih dua juta pekerja asing terpaksa dibawa masuk untuk tampung kekurangan dalam hampir semua sektor. Malaysia sediakan peluang hidup bukan hanya untuk rakyat negara, tetapi juga rakyat negara lain. Sehingga ada sebahagian datang secara haram.

“Malaysia syurga kepada ramai. Hanya sesetengah rakyat Malaysia yang percaya Malaysia tidak cukup baik buat mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk memastikan Malaysia mampu dalam menarik pelaburan, dengan aliran pelaburan masuk tahun lepas mencecah RM216 bilion.

“Malaysia sudah menjadi antara negara ke depan dalam perindustrian dan menarik pelaburan. Ada ranking Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pertama, Ranking Persekitaran Perniagaan 2014 oleh Economist Intelligent Unit, kedudukan Malaysia pada tangga ke-19 dalam tempoh empat tahun (2014-2018), meningkat daripada kedudukan ke-24 dalam tempoh sebelum ini daripada 182 negara yang mengambil bahagian.

“Lebih baik daripada United Kingdom dan lebih baik daripada Jepun dan Korea,” katanya.

Beliau berkata dalam laporan Perbadanan Kewangan Antarabangsa Kumpulan Bank Dunia (IFC) Menjalankan Perniagaan pada 2016, kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-18 tahun ini, daripada tempat ke-20 pada 2013 dalam kajian utama Bank Dunia di 189 negara.

“Dalam laporan World Talent 2014, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), Malaysia menduduki tempat kelima dalam kalangan 60 negara, mengalahkan negara lain yang lebih maju seperti Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya.

Menurut Muhyiddin, laporan Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WYC) 2014 oleh IMD, Malaysia berada pada kedudukan ke-12 dalam kalangan 60 negara manakala bagi Indeks Sekatan Visa oleh Henley dan Partners, pasport Malaysia berada pada kedudukan lapan terbaik di dunia untuk pelancong.

“Dalam Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2014 oleh AT Kearney, Malaysia berada pada kedudukan ketiga. Indeks Persaraan Global 2014, oleh American Publication International Living, menyenaraikan sistem penjagaan kesihatan Malaysia yang ketiga terbaik. Dalam laporan ‘World Bank Ease of Doing Business’ 2014, Malaysia telah memperbaiki kedudukannya daripada kedudukan ke-12 ke tempat keenam,” katanya.

Muhyiddin berada di Jepun untuk lawatan kerja empat hari bermula Jumaat. – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd