• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Mendatang Kritikal Untuk UMNO – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mengambil mudah iklim dan ekosistem politik negara dalam tempoh tiga tahun mendatang yang disifatkan sebagai tempoh yang mencabar dan kritikal.

Beliau berkata mereka perlu memastikan UMNO terus menjadi sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu tanpa meminggirkan hasrat kaum lain.

“Ini tempoh yang amat mencabar dan kritikal kerana perubahan iklim dan ekosistem politik yang berlaku di peringkat negara menuntut UMNO menjadi sebuah parti proaktif.

“Apa yang kita rancang dan laksana perlu mengambil kira pandangan dan ekspresi masyarakat setiap kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Seri Pekembar di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, dalam tempoh itu UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti yang membantu menangani masalah masyarakat.

“Ia memerlukan pimpinan politik UMNO yang terdidik, bermoral dan perlu faham apa yang mereka lakukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dijadual dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 April ini.

“Ada 10 anjakan yang akan diumumkan nanti iaitu mahu membawa pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih maju, lebih berkualiti dan mahu menjana modal insan yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan dengan semua pihak bagi merumuskan pelan berkenaan telah dilakukan selama dua tahun sebelum ini iaitu melibatkan ibu bapa, badan bukan kerajaan dan pakar dalam bidang pendidikan.

“Kami telah adakan sesi perbincangan dan pandangan. Walaupun pendidikan tinggi negara sudah sampai ke tahap yang membanggakan tetapi ia perlu mengambil kira saingan di peringkat global,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umat Islam Tolak Hudud Kategori Murtad – Annuar Musa

Next Post

PKR Umum Tidak Sokong Hudud Di Parlimen

Related Posts

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Next Post

PKR Umum Tidak Sokong Hudud Di Parlimen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd