Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

KPKT Lantik Peguam Pemerhati...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melantik peguam pemerhati...

Jangkitan Covid-19 Di Rantau...

GENEVA, Switzerland – Jumlah jangkitan Covid-19 di rantau Asia melepasi angka 100 juta...

Perkhidmatan KTMB Kembali Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali beroperasi seperti biasa...

Pengundi BN Di DUN...

SEREMBAN - Pengerusi Parti Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing berkata...

Polemik Dr. Asri, Kazim Elias Makin ‘Panas’

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin mahu mengemukakan lebih banyak bukti mengenai hadis-hadis palsu yang pernah dikemukakan oleh penceramah popular, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Asri berkata, tindakan itu bagi menyahut cabaran Mohd. Kazim supaya beliau mengemukakan bukti mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh media.

“Kes ini sepatutnya berhenti setelah penjelasan tentang tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.

“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohd. Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak,” katanya melalui Facebook beliau DrMAZA.com hari ini.

Sehubungan itu, kata Asri, beliau akan memenuhi hasrat Mohd. Kazim dengan mengemukakan lebih banyak bukti melalui Facebooknya dalam tempoh terdekat.

Mohd. Kazim semalam menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

[BACA: Tindakan Mufti Perlis Tak Adil, Malukan Saya – Ustaz Kazim]


[BACA: ‘Tolak’ Ustaz Kazim Jadi Panel Forum, Ini Jawapan Dr Maza]

Menurut Mohd. Kazim, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

Kelmarin pengguna media sosial beragama Islam negara ini dikejutkan dengan penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau sering terlibat dengan pem­bacaan riwayat-riwayat palsu’ menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Polemik diantara kedua-dua tokoh agama itu bagaimanapun mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori