Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Menerima Ajal Di Usia...

Malang sememangnya tidak berbau. Tidak siapa mampu menolak ajal dan ketentuan Ilahi. Seorang remaja...

Seorang Lagi Kakitangan Bank...

SHAH ALAM - Seorang lagi kakitangan sebuah bank direman tujuh hari bermula hari...

Faiz Sudah Banggakan Negara...

JERLUN - Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa...

Kesiannya, Pergi Stadium Hanya...

WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan tidak berjaya mengulangi kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF seperti...

KPDNKK Pantau Peniaga Selepas Pelaksanaan GST

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad mengingatkan para peniaga supaya mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

“Kita sudah siap sedia, kita tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan terhadap peniaga yang didapati mencatut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyiddin di sini, hari ini.

Alias berkata setakat ini, pihaknya mendapati 86 peratus rakyat negara ini memahami mengenai GST.

Selain itu, pihaknya melakukan 395,000 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Ops Catut sejak awal tahun ini.

“Sebanyak 157 kes dilaporkan kerana didapati mempunyai kecenderungan untuk mencatut dan kita telah keluarkan notis kepada peniaga,” katanya.

Sementara itu, Alias berkata semua pihak perlu bekerjsama dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan terutamanya petrol dan diesel.

“Kita perlu bekerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) dengan agensi penguatkuasaan lain. Jika perlu meletakkan pegawai KPDNKK di pintu masuk negara, kita akan bincang,” katanya sambil menjelaskan pihaknya bertindak mengetatkan lagi penjualan petrol dan diesel di kawasan sempadan. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply