• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perempuan Bertindak Berani Tendang Peragut

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bertindak berani mengejar dan menendang motosikal seorang peragut menyebabkan penjenayah itu berjaya diberkas dalam kejadian di hadapan Petronas Jalan Merdeka, Ampang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek berusia 22 tahun diberkas oleh penduduk sekitar walaupun cuba melarikan diri selepas terjatuh dari motosikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata sebelum kejadian, suspek yang menunggang motosikal mengekori mangsa yang juga menunggang motosikal secara perlahan dan kemudiannya menarik beg tangan yang diletakkan di celah kaki mangsa.

“Suspek memerhati mangsa sebelum merampas beg tangan namun mangsa bertindak berani mengekori suspek dan kemudiannya menendang motosikal yang dinaiki suspek sehingga terjatuh. Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas motosikal jenis Yamaha Nouvo yang digunakan suspek.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan tahanan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan polis akan melakukan siasatan sama ada suspek pernah terbabit dengan kes ragut lain,” katanya.

Khairudin berkata suspek ditahan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi tuduhan pertama, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Video: Wanita Jadi Sasaran Kes Ragut

Tags: kes ragut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Ditemui Bersandar Bawah Jejantas Dekat Jln Maarof

Next Post

Permohonan Semakan Selepas Penghakiman Penuh Diperoleh

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

Next Post

Permohonan Semakan Selepas Penghakiman Penuh Diperoleh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd