• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50,000 Syarikat Masih Degil Daftar GST – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50,000 syarikat masih berdegil untuk mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan semakan di pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memaksa syarikat berkenaan untuk mendaftar dan mengenakan kompaun minimum RM2,000 berikutan tarikh akhir pendaftaran wajib telah berakhir pada 31 Disember lepas.

“Sekiranya masih enggan daftar, kita akan daftar (secara paksa) dan kompaun mereka sehingga maksimum RM15,000.

“Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Bercakap dalam program ‘Ruang Bicara’ bertajuk ‘Melindungi Ekonomi Negara’ di Bernama TV, di sini malam tadi, Ahmad menyifatkan secara keseluruhannya, sambutan syarikat-syarikat terhadap CBP sebagai amat menmenakjubkan.

Malaysia akan melaksanakan GST mulai 1 April pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pada masa kini.

Kerajaan pada awalnya hanya menjangkakan 150,000 syarikat berdaftar untuk GST, tetapi bilangannya kini meningkat lebih 305,000 syarikat.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan sedia untuk membuat semakan Bajet 2015 sekali lagi termasuk menangguhkan perlaksanaan projek-projek mega berimpak tinggi kepada ekonomi dan rakyat jika harga minyak mentah di pasaran dunia terus menjunam.

Bagaimanapun, katanya, hasil kajian kementerian dan agensi berkaitan mendapati harga minyak mentah tidak mungkin akan berada pada US$40 setong dan ke bawah kerana pengeluaran minyak tidak lagi boleh diteruskan apabila harganya di tahap lebih rendah daripada kos.

“Kerajaan dan kebanyakan pakar-pakar ekonomi menjangkakan harga minyak akan berlegar di sekitar US$40 dan US$70 setong dan kita memilih US$55 setong sebagai purata harga minyak untuk tahun ini,” katanya.

Justeru itu, Ahmad berkata buat masa ini semua projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo, projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, akan tetap diteruskan.

Beliau berkata Lebuhraya Pan Borneo yang akan menjadi pemangkin pembangunan Sabah dan Sarawak tidak boleh ditangguh kerana boleh mengubah landskap pembangunan ekonomi di sepanjang laluannya.

“Begitu jugalah dengan projek MRT dan kereta api berkelajuan tinggi yang akan turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Ini kerana untuk mewujudkan kereta api laju memerlukan rantaian aktiviti ekonomi membabitkan industri pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Puji Kecekapan JKN, MKN Sabah Tangani Banjir

Next Post

Zamani Bebas Dengan Jaminan Polis, Reman Tidak Disambung

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Zamani Bebas Dengan Jaminan Polis, Reman Tidak Disambung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd