• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN: Kem.Pendidikan Tiada Hasrat Guna Agensi Pengutip Hutang

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mengutip balik pinjaman yang belum dijelaskan daripada 170,000 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, ini kerana kaedah dan pendekatan yang digunakan agensi itu dalam mengutip hutang adalah kurang mesra pelanggan.

“Kaedah dan pendekatan kutipan yang digunakan mereka adalah kurang mesra pelanggan yang mana akan menjejaskan reputasi Kementerian Pendidikan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini, Isnin.

Mohd Suhaimi ingin tahu sama ada kementerian akan mengambil khidmat syarikat atau agensi pengutip hutang untuk mengutip sejumlah wang daripada peminjam PTPT Nyang masih enggan membayar semula wang pinjaman berkenaan.

Kamalanathan berkata, sebanyak 134,000 peminjam PTPTN dengan pinjaman berjumlah RM2.4 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 Okt lepas.

“Daripada jumlah itu, seramai 48,430 peminjam telah membuat bayaran balik dengan jumlah sebanyak RM244.5 juta manakala lebih 170,000 peminjam pula dikenakan tindakan saman,” katanya.

Kamalanathan berkata, sejak kementerian mengumumkan untuk menyenaraikan peminjam tegar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat mulai Januari 2015, jumlah bayaran balik pinjaman dilihat semakin meningkat.

Ekoran daripada pengumuman itu, sebanyak RM74.85 juta berjaya dikutip untuk tempoh 1 hingga 30 November lepas, berbanding hanya RM58.11 juta dari 1 hingga 30 Oktober lepas, katanya. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala AFF: Penyokong Vietnam Ugut Nak Balas Dendam

Next Post

Harga Petrol, Diesel Dijangka Terus Turun – Ahmad Maslan

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Harga Petrol, Diesel Dijangka Terus Turun - Ahmad Maslan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd