Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2014, iaitu bagi kali ke-11 berturut-turut dalam kaji selidik yang dijalankan majalah kewangan antarabangsa, Global Finance.

Zeti menerima penarafan Gred A oleh majalah itu yang berpangkalan di New York bersama enam lagi pemimpin bank pusat lain termasuk India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan.

Kad Laporan Ketua Bank Pusat yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, memberikan gred kepada gabenor bank pusat di hampir 70 negara seluruh dunia dari skala A hingga F, berdasarkan kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Gred A mewakili prestasi cemerlang manakala F mewakili kegagalan sepenuhnya.

Tahun ini, sebanyak 17 bank pusat dinilai buat kali pertama.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin bank pusat mendapat gred A, termasuk Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi; Gabenor Bank Pusat Chile, Rodrigo Vergara dan Gabenor Bank Pusat Colombia, Jose Dario Uribe Escobar.

Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang baru memegang jawatan berkenaan pada awal tahun ini, Janet Yellen, pula masih belum diberikan gred oleh majalah kewangan itu. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...