KUALA LUMPUR – Bekas Pegawai Prinsipal Etiqa Singapura, Zaharudin Daud dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans Berhad (Etiqa Insurans) yang baharu bermula dari 1 September lalu.
Etiqa Insurans dalam satu kenyataan media memberitahu, Zaharudin turut meneraju Etiqa Insurans selaku Ketua Jabatan Insurans Am Etiqa.
“Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans, Zaharudin bertanggungjawab merangka strategi, perancangan dan membawa entiti Etiqa memenuhi objektif dan sasaran termasuk menerajui pembangunan, pelaksanaan dan pelan perniagaan yang strategik bagi portfolio Insurans Am,†kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Zaharudin memiliki lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perniagaan insurans am dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam institusi perbankan.
Malah, kata kenyataan itu, Etiqa Singapura dalam tempoh tiga tahun di bawah kepimpinan Zaharudin mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 126 peratus melebihi had sasaran pada tahun 2012. -mynewshub.my