Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Najib Rasmi Razak Science...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja...

Guru Wanita Tuduh Obama...

SEORANG pesara guru di Texas, Amerika Syarikat (AS), yang mendapat perhatian media nasional...

Pemandu Maut, Terkena Tayar...

DUNGUN - Seorang pemandu treler maut akibat terkena serpihan tayar lorinya yang meletup...

6.4 Juta Rakyat Mendaftar...

KUALA LUMPUR - Seramai 6.4 juta penduduk sudah mendaftar bagi pengambilan vaksin Covid-19...

Warga Myanmar Maut Ditikam Di Dada

KUANTAN – Seorang pekerja warga asing maut dipercayai ditikam di dada di sebuah rumah kongsi di perumahan Bukit Setongkol Baru di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Kobirahamed Nozirahamed, 17.

Katanya kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai rakan mangsa kepada pihak polis pada jam 3.20 pagi tadi.

“Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan tikaman objek tajam di bahagian dada sebelah kanan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan setakat ini juga polis tidak menemui sebarang senjata atau objek yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis kini sedang giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori