• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Pemikiran Baharu, Relevan Dalam Era IT

oleh Ahmad Albab
14/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Umno yang menjadi peneraju parti kerajaan memerlukan pemikiran baharu dan berani bertindak tegas supaya ia kekal relevan dalam era teknologi maklumat masa kini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata pemimpin dan anggota parti perlu menyedari perubahan masyarakat kesan daripada ledakan teknologi maklumat di mana mereka kini lebih matang, lantang memberi pandangan dan mengetahui hak asasi dan demokrasi.

“Bagaimana nak jadikan Umno kekal relevan, terbenam di hati rakyat sebagai parti, walaupun dipelopori oleh orang Melayu tetapi  mampu perjuangkan bangsa Malaysia. Kita (Umno) tidak boleh menggunakan corak pemikiran dan tindakan seperti dulu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Lenggong di Maktab Rendah Sains Mara Gerik di sini, hari ini.

Beliau berkata pembangunan dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti yang dilakukan oleh Umno bukan penyelesaian mutlak dalam usah meraih sokongan rakyat.

“…ada banyak lagi yang kita perlu uruskan dalam soal urusan negara. Mesti ada keadilan, ketelusan, selari dengan tuntutan, hak asasi manusia dan pelbagai lagi. Walaupun kita telah sediakan dengan pelbagai kemudahan, namun itu bukan jawapan kepada mereka (untuk menyokong Umno),” katanya.

Muhyiddin berkata Umno perlu mengambil pendekatan baharu untuk meraih sokongan rakyat.

“Dalam konteks orang Melayu sudah berubah, dan jangkaan masyarakat  jauh lebih tinggi daripada biasa…maka, tindakan yang biasa kita lakukan sudah tidak memadai pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata jangkaan masyarakat masa kini adalah berkisar soal prinsip, hak, kesamarataan dan keadilan.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan cabaran kepada semua anggota Umno supaya mencari faktor “wow” selaras dengan pembaharuan parti supaya ada penerimaan, sokongan serta peningkatan baharu daripada rakyat kepada Umno.

“Faktor ‘wow’ itu perlu digerakkan segera memandangkan tempoh menghadapi pilihan raya umum hanya kurang daripada empat tahun.

“Saya kemukan idea ini supaya semua peringkat Bahagian Umno kembalikan rohnya sebagai satu tanggungjawab untuk memulihkan kembali  sokongan rakyat seperti yang pernah dialami Umno Perak,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rizman Ruzaini Mahu Reka Baju Mengandung Untuk Siti Nurhaliza?

Next Post

VIDEO : PAS Berdolak-Dalih Isu Royalti Minyak

Related Posts

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

Pahang Haramkan Penggunaan Vape

Pahang Haramkan Penggunaan Vape

11/06/2025
0

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama...

Next Post

VIDEO : PAS Berdolak-Dalih Isu Royalti Minyak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd