Sample Page Title

KUCHING – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah politik yang akan bertindak sebagai kumpulan pemikir bagi parti itu, kata presiden SUPP yang baru dipilih, Datuk Dr Sim Kui Hian hari ini.

Beliau berkata penubuhan sekolah itu adalah antara pelan konkrit yang dibincangkan semasa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) baharu parti itu, mengadakan mesyuarat pertama mereka di akhir persidangan perwakilan tiga tahun sekali SUPP, di sini hari ini.

“Berkaitan butirannya, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan pasukan baharu ini dan saya belum boleh berkongsi dengan anda (media) hari ini,” katanya pada sidang akhbar di akhir mesyuarat itu.

Beliau berkata parti itu turut merancang untuk mewujudkan biro khidmat aduan awam sebagai satu lagi wadah untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

Terdahulu, Dr Sim menang tanpa bertanding jawatan presiden parti menggantikan Tan Sri Peter Chin Fah Kui yang mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2012.

Dr Sim berkata 10 muka baharu menyertai beliau dalam CWC yang turut menyaksikan peningkatan dalam perwakilan anggota Bumiputera.

Menggambarkan jawatankuasa baharu itu sebagai sebuah ‘pasukan perpaduan yang lengkap’, Dr Sim berkata semua cawangan parti terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada SUPP dalam pilihan raya sebelum ini, mempunyai wakil masing-masing dalam CWC.

“Tiada siapa pun yang tertinggal. Ini membuktikan betapa seriusnya kami tentang kerusi (pilihan raya) yang disandang SUPP dan betapa seriusnya kami tentang perpaduan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SUPP

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...