Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Industri kereta api Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang apabila negara ini dijangka membelanjakan sehingga RM160 bilion ke atas projek pembangunan kereta api menjelang 2020.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, berkata industri berkenaan akan mendapat rangsangan daripada pembinaan transit aliran massa (MRT), pengembangan transit aliran ringan (LRT)serta perancangan kereta api laju (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura.

“MRT dan HSR bukanlah berakhirnya tempoh pembangunan kereta api. Banyak lagi pelan untuk lebih banyak pembangunan baharu pada masa depan seperti LRT 2 & 3, MRT 2 serta Keretapi Trans-Asia,” katanya.

Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perniagaan Kereta Api Asia 2014 di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari yang bemula hari ini, memberi tumpuan kepada tiga aspek utama industri kereta api, iaitu kebolehlaburan, mobiliti dan sambungan yang lebih banyak.

Menurutnya, projek HSR masih di peringkat penilaian oleh kedua-dua negara.

Mengenai projek Keretapi Trans-Asia, beliau berkata, semua negara Asean di tanah besar Asia akan dihubungkan dengan China melalui kereta api berkenaan.

“Projek itu pada asalnya adalah untuk menghubungkan Singapura dengan Kunming, China. Tetapi pelan sekarang adalah untuk meneruskannya hingga ke Nanjing, China,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...