Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Pernah Rancang...

BACHOK - Sepasang suami isteri serta empat orang anak yang rentung dalam kemalangan...

TPM Ucap Takziah Pemergian...

BEIJING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham...

Sepang Aircraft Engineering Kini...

KUALA LUMPUR - Syarikat industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), Sepang Aircraft...

Pelajar Tingkatan Empat Maut...

SEORANG pelajar berusia 16 tahun, Mohamad Nur Abrar Akram maut selepas ditendang pelajar...

Pencuri Lena Tidur Selepas Mencuri Di Rumah Mangsa

Sarasota (Florida) – Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.

Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.

Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.

Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.


Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori