Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Australia Beri Amaran Serangan...

MELBOURNE – Rakyat Australia diberi amaran agar bersiap sedia untuk berdepan musim serangan...

Restoran Disaran Nyata Jumlah...

KUALA LUMPUR - Pihak restoran disaran agar menyatakan jumlah kandungan kalori makanan yang...

Polis Putrajaya Perluas Program...

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya memperkenalkan program 'Jom Ke Sekolah Bersama Polis' untuk mencegah...

Bekas Staf Khalid Ibrahim...

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri...

Penagih Jatuh Bumbung, Elak Ditangkap Polis

MELAKA – Tindakan seorang lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada serbuan polis, mendatangkan bencana, apabila terjatuh dari bumbung rumah jirannya dan mengalami kecederaan parah, di Taman Peruna Sungai Udang di sini, hari ini.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wan Zakaria Wan Awang berkata dalam kejadian 1.50 pagi, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu bertindak melarikan diri melalui bumbung rumah adiknya dan melompat di atas bumbung beberapa rumah, sebelum terjatuh.

“Ketika ditahan dia memberi alasan melarikan diri kerana tiada kad pengenalan sejak sebulan lepas. Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu melibatkan JPN, Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata ujian saringan urin yang dijalankan mendapati lelaki yang berasal dari Kelantan itu positif dadah dipercayai jenis syabu.

Katanya operasi empat jam bermula 12 tengah malam tadi membabitkan 85 anggota penguat kuasa, turut menahan 13 lagi warganegara asing di taman perumahan sama atas pelbagai kesalahan dokumentasi.

Wan Zakaria berkata daripada jumlah itu, seorang wanita Indonesia dan tiga lelaki Filipina berusia lingkungan 30-an disyaki memiliki kad pengenalan palsu dan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara Malaysia 1990 (Pindaan 2007).


Katanya lapan lagi iaitu satu lelaki dan dua wanita Thailand, satu wanita dan dua lelaki Indonesia serta masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Filipina berusia antara 25 dan 35 tahun kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini setelah pas atau permit sah tamat tempoh.

Beliau berkata JPN juga menahan empat kad pengenalan yang didapati dalam simpanan empat warga asing kerana disyaki telah disenarai hitam dan mempunyai kes dalam siasatan pihak JPN.

“Operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan daripada Persatuan Penduduk Taman Peruna yang meragui status kewarganegaraan beberapa penghuni taman tersebut sebelum risikan dijalankan selama dua bulan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya orang ramai atau pemimpin setempat diminta membuat laporan sekiranya mengesyaki terdapat warganegara yang menyalahgunakan dokumen pengenalan diri agar tindakan segera dapat diambil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori