Sample Page Title

KUALA LUMPUR – “Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan langkah sumbang sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu,” kata Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Ir. Khairil Nizam Khirudin.

Tegas beliau, Ketua AMK mengambil jalan sumbang kerana tidak merujuk kepada punca sebenar krisis Menteri Besar Selangor sebelum mengkritik kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kerapuhan pakatan pembangkang pada waktu ini disebabkan oleh krisis Menteri Besar Selangor yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui percaturan `Langkah Kajang’.

“`Langkah Kajang’ yang dicatur oleh PKR itu yang sebenarnya menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS kepada parti itu selama ini,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairil Nizam menjelaskan, walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa `Langkah Kajang’ tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun pada tarikh 21 Julai 2014, PKR tetap mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baru.

Justeru, katanya, PAS selepas mengambil kira keputusan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim, respons pihak istana dan perspektif Islam, maka Presiden PAS turut menamakan Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah.


“Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu,” jelas beliau.

Namun, katanya, Isu itu berlanjutan sehingga pada 27 Ogos 2014 pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak pemimpin utama PAS tersebut.

“Nik Nazmi harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi.

“Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada pakatan,” katanya. – mynewshub.my

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...